"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Terkini Isu Gambar Bogel Exco Selangor

Wanita MCA Kutuk Edaran Gambar Bogel

KUALA LUMPUR [11.25 pm] - Walaupun berbeza pendirian politik, Wanita MCA hari ini melahirkan rasa simpati terhadap anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bukit Lanjan, Elizabeth Wong yang menjadi mangsa dalam skandal pengedaran gambar bogel. Ketuanya, Datin Chew Mei Fun (foto)mengutuk mereka yang bertanggungjawab mengedar gambar Wong kerana perbuatan itu melanggar hak kebebasan peribadi wanita dan merupakan tindakan mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik. "Kami terkejut dengan perbuatan ini yang menjadikan wanita sebagai objek seks. "Ia secara terang-terangan menceroboh hak peribadi wanita serta mengeksploitasi wanita bagi tujuan politik," katanya dalam kenyataan di sini mengenai penyiaran gambar bogel Wong di Internet yang didakwa dilakukan bekas kekasih anggota Exco Selangor itu dan pihak yang ingin membunuh kerjaya politik Wong. Chew berkata, perbuatan merakam gambar anggota tubuh wanita tanpa kebenaran atau pengetahuannya adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan hukuman mengikut Kanun Keseksaan (Akta 574), manakala perbuatan menyiarkannya bagi tatapan umum juga, melanggar akta itu. "Kami ingin menasihati semua wanita supaya berhati-hati. Kami juga menggesa kerajaan supaya menguatkuasakan Akta berkenaan agar ia benar-benar dapat mencegah perbuatan tidak bermaruah ini," katanya.

[Tahniah kita ucapkan atas keperihatinan Datin Chew Mei Fun tentang isu ini. Nampaknya puak-puak UMNO sudak semakin membuat "kerja gila" bagi menjatuhkan maruah pemimpin Pakatan Rakyat. Datin Chew harus membangkitkan perkara ini ke peringkat yang tertinggi demi menjaga maruah kaum wanita di negara ini. Jika politik kotor seperti ini terus dilaksanakan, maka sudah pastilah imej dan maruah wanita di Malaysia akan terus tercalar dan punah nanti].

Lelaki Edar Gambar Bogel Belum Dikenal Pasti

PETALING JAYA [10.47 pm] - Polis masih belum mengenal pasti dalang di sebalik pengedaran gambar bogel Exco kerajaan negeri Selangor, Elizabeth Wong. Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, polis bagaimanapun akan merekodkan kenyataan daripada wartawan, yang memaklumkan kepada wakil rakyat itu mengenai pengedaran gambar bogel ahli politik berumur 37 tahun itu. "Kami juga akan memanggil seorang wartawan, yang memaklumkan mengenai pengedaran gambar bogel itu kepada wakil rakyat Bukit Lanjan itu. Jadi saya harap semua pihak bersabar sehingga kami menyelesaikan siasatan kami," katanya pada sidang akhbar di sini hari ini. Arjunaidi berkata, polis masih belum menerima gambar bogel itu dan masih terlalu awal untuk mengesahkan imej siapa yang sebenarnya dalam gambar itu. Beliau mengesahkan Wong telah membuat laporan polis di Balai Polis Damansara di Petaling Jaya kira-kira 11.05 malam semalam selepas wartawan itu memaklumkan kepadanya mengenai pengedaran gambar berkenaan. "Bagaimanapun laporan itu tidak lengkap kerana beliau hanya dimaklumkan oleh pihak ketiga (wartawan) mengenai pengedaran gambar bogel itu. Beliau (Wong) memberitahu polis gambar itu diambil semasa beliau sedang tidur. "Saya ingin menasihatkan mereka yang menyimpan gambar bogel Wong supaya menyerahkannya kepada polis dan membantu penyiasatan kami," katanya dan menurutnya polis akan menyiasat kes itu mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan kerana memiliki gambar pornografi. Sementara itu, Wong berkata pengedaran gambar itu bertujuan berniat jahat. Dalam satu kenyataan hari ini, katanya pengedaran gambar bogelnya itu bertujuan mencemarkan maruahnya dan pencerobohan kehidupan peribadinya.

[Kita amatlah berharap agar pihak polis dapat menjalankan penyiasatan secara terperinci dan adil demi maruah seseorang. Ini kerana gambar yang diedarkan itu adalah ketika Elizabeth sedang tidur. Ini bermakna ada perancangan jahat yang telah dibuat untuk menjatuhkan imej beliau serta Pakatan Rakyat di negeri Selangor sebenarnya. Kita takut sekiranya puak-puak UMNO dan BN pula menghalang polis menyisat perkara ini dengan adil tambahan pula mereka "memang suka" imej Pakatan Rakyat tercalar bagi memudahkan mereka menjatuhkan Kerajaan Negeri Selangor secara keseluruhannya dalam masa terdekat ini].

Elizabeth Wong Akui Beliau Mangsa Keadaan

PETALING JAYA [10.19 pm] - "Saya mangsa dalam kejadian ini." Demikian reaksi Elizabeth Wong, salah seorang Exco Kerajaan Selangor, yang gambar berkeadaan bogelnya kini disebarkan menerusi internet dan MMS. Dalam kenyataan satu muka, yang dikeluarkan sebentar tadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Lanjan itu berkata, di sebalik'krisis ini' beliau akan terus berkhidmat untuk rakyat negeri Selangor. Kata Wong, penyebaran dan penerbitan foto atau video yang dimaksudkan itu merupakan"serangan dengki" ke atas personaliti beliau.

[Nampaknya kes Elizabeth Wong kini telah menggantikan Teressa Kok sebagai sasaran baru UMNO dan Barisan Nasional di Selangor. Mereka sudah berjanji akan menyerang dan melaksanakan agenda membenamkan Pakatan Rakyat di Selangor selepas Perak dan Kedah. Maka itulah kita tidak hairan perkara sebegini boleh berlaku dalam keadaan seluruh mata rakyat tertumpu dengan senario politik yang berlaku di Perak Darul Ridzuan sekarang ini].                                                                                                                                                                                                                                                                                 http://pahangdaily.blogspot.com/

Tiada ulasan: