"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Britain sensitif kepada kehendak Islam


Britain usir Ahli Parlimen Belanda
LONDON 13 Feb. - Britain semalam mengusir ahli Parlimen Belanda yang telah dikecam kerana menghina Islam, Geert Wilders apabila beliau cuba memasuki negara ini.
Wilders yang telah mencetuskan kemarahan masyarakat Islam di negara ini menerusi filemnya, Fitna, dihantar pulang dengan menaiki sebuah pesawat penumpang, beberapa jam selepas ditahan oleh pegawai imigresen, setibanya beliau di Lapangan Terbang Heathrow di sini semalam.
Jabatan Dalam Negeri Britain mengumumkan bahawa Wilders dihantar pulang untuk menghalangnya daripada menyebarkan "mesej kebencian dan keganasan."
"Beliau tidak dibenarkan masuk. Sesiapa yang tidak dibenarkan memasuki United Kingdom (UK) akan ditahan dan dihantar pulang.
"Mereka tidak akan dibenarkan masuk ke UK," kata seorang jurucakap.
Setiausaha Luar, David Miliband yang mengaku beliau belum menonton filem tersebut memberitahu stesen Perbadanan Penyiaran British (BBC): "Filem berbaur kebencian yang bertujuan untuk mencetuskan kebencian agama dan kaum di negara ini adalah bercanggah dengan undang-undang kita."
Menteri Luar Belanda, Maxime Verhagen memberitahu rakan sejawatannya di Britain dalam satu perbualan telefon semalam bahawa The Hague "amat kesal" dengan pengusiran Wilders itu.
Ahli Parlimen tersebut telah dijemput untuk menayangkan filemnya selama 17 minit itu di House of Lords iaitu dewan tertinggi Parlimen Britain.
Fitna menyamakan Islam dengan fahaman Nazi dan menggandingkan imej-imej serangan 11 September di Amerika Syarikat (AS) dengan gambar al-Quran.
Ia telah digambarkan sebagai "filem anti-Islam yang sangat menyinggung perasaan" oleh Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Ban Ki-moon.
Wilders, 45, yang bakal dibicarakan di Belanda kerana mencetuskan kebencian dan diskriminasi terhadap penduduk Islam, ialah pemimpin parti pelampau berhaluan kanan, Parti bagi Kebebasan (PVV) yang memenangi sembilan kerusi dalam Parlimen Belanda. - AFP                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                                          
http://pasbangi.blogspot.com/

Tiada ulasan: