"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kabinet baru mesti selesai isu sabotaj air Selangor

Muhammad Arif Ismail  

SHAH ALAM, 10 April (Hrkh) - Kerajaan Negeri Selangor mengalu-alukan perlantikan anggota kabinet yang baru yang diumumkan oleh Perdana Menteri petang tadi, dengan harapan wujud persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat dalam sebarang projek pembangunan negara.

Menurut Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu kenyataan berkata, ini adalah penting untuk mencari jalan penyelesaian berhubung isu penstrukturan semula industri air di Selangor yang telah disabotaj oleh Kerajaan Persekutuan.

"Kerajaan Negeri Selangor sememangnya berhasrat untuk mencari jalan penyelesaian secara muhibah melalui proses arbitasi antara Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri dan syarikat konsesi air.

"Diharapkan agar Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air yang baru, Dato' Peter Chin Fah Kui dapat membantu Kerajaan Negeri dalam menyediakan perkhidmatan bekalan air dengan kadar yang rendah kepada seluruh penduduk Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya," katanya.

Menurut beliau, Kerajaan Selangor akan berhubung dengan Menteri di Unit Perancangn Ekonomi, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dan Menteri Kewangan bagi membincangkan tentang pakej ransangan ekonomi yang dikemukakan Kerajaan Negeri.

"Kerajaan Negeri telah mengenalpasti lima bidang pengkhususan bagi merangsangkan suasana ekonomi kini yang meliputi pemuliharaan dan pembersihan Sungai Klang melibatkan pembangunan tanah dan hutan simpan di sepanjang sungai," katanya. 

Tiada ulasan: