"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Muslimat terkena 'ilmu hitam' ketika kempen?

Basiron Abd Wahab  

KUANTAN 10 April (Hrkh) � Yang Dipertua PAS Kawasan Inderamahkota, NasrulAmir Abdullah menyifatkan penggunaan ilmu hitam dalam pilihan raya parlimen Bukit Gantang 7 April lalu adalah perbuatan tidak bertamadun.

Beliau mendakwa, empat petugas muslimat daripada Inderamahkota terkena ilmu hitam menyebabkan mereka menghadapi masalah kesihatan dan histeria.

Difahamkan anggota muslihat terbabit terlibat dengan kempen dari rumah ke rumah. Bagaimanapun, mereka berjaya dipulihkan dengan bantuan daripada anggota perubatan Assyifa� yang turut berada disitu.

"Alhamduliah keadaan mereka kembali pulih dan meneruskan kerja merayu undi pada hari mengundi," ujarnya.

Katanya sepanjang penglibatanya dalam pilihan raya inilah kali pertama berhadapan dengan kes seumpama ini.

"Sebelum ini dalam pilihan raya di Kuala Terengganu, Permatang Pauh dan lain-lain tiada kes seumpama ini.

"Pada masa depan kita perlu berhati � hati kerana lawan yang tertekan akan melakukan apa sahaja untuk menang," katanya. 

Tiada ulasan: