Bertuah sungguh nasib si pelakon remaja, Diana Danielle (foto) itu, kerana biarpun beliau sedang menjalani Program Latihan Khidmat Negara(PLKN) di Kem Princess Haliza, Sepangnamun dek kerana dirinya "artis" nampaknya dia diberi perlepasan oleh Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) untuk menghadiri majlis Anugerah Bintang Popular (ABP) yang bakal berlangsung di Genting Highlands, Ahad ini. Diana yang turut tercalon pada anugerah tersebut menerusi kategori Pelakon TV Wanita Popular itu dikhabarkan mendapat pelepasan bermula 11 hingga 13 April ini. Perlepasan ini jelas sekali amat tidak "bermoral" bagi pihak JLKN sebenarnya. Mereka tidak konsisten dan mengikut undang-undang serta peraturan yang telah mereka gubal sendiri semata-mata kerana seorang artis seperti Diana Danielle. Sebelum ini ramai yang sudah tidak berpuas hati apabila beliau dibenarkan menangguhkan kemasukannya ke PLKN. Diana yang sepatutnya mendaftar sebagai peserta PLKN pada 27 Disember 2008 telah menangguhkannya kerana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem yang berjudul Kecoh Betul.
Walhal jika diikutkan syarat penangguhan PLKN, tidak ada dalam peraturan penangguhan boleh dibuat kerana "berlakon filem". Apa yang ada hanyalah; Orang yang akan menduduki suatu peperiksaan utama dalam tahun yang mana dia dikehendaki menjalani latihan khidmat negara; Orang yang sedang meneruskan pengajiannya dalam tempoh yang dia dikehendaki menjalani latihan khidmat negara; dan Apa-apa keadaan lain boleh menimbulkan kesusahan yang luar biasa pada orang tersebut jika dia menjalani latihan khidmat negara. Namun agak pelik apabila Diana diberi perlepasan menangguhkan PLKN hanya kerana berlakon filem sebenarnya. Ini menunjukkan bahawa JLKN tidak tegas dalam mengeluarkan arahannya. Ini menunjukkan yang JLKN telah melanggar etika kerja mereka. JLKN hanya akan bertegas dengan rakyat biasa, tetapi bila melibatkan artis mereka "menikus" malah sanggup bersekongkol dengan artis terbabit. Sebelum ini kita banyak mendengar rungutan ibubapa yang dihalang untuk berjumpa dengan anak-anak mereka biarpun ada sesetengah kes serius. Malah ada pelatih yang tidak sempat untuk bertemu dengan keluarga mereka yang meninggal dunia, gara-gara peraturan PLKN yang menghalang mereka sewenang-wenang meninggalkan kem latihan itu. Lebih teruk lagi bila mereka cuba untuk menyaman dan mendakwa peserta yang engkar arahan hadi ke PLKN sekiranya nama mereka sudah terpilih menghadiri program tersebut. Bila kita kaji perkara ini, seolah-olah menampakkan yang JLKN begitu tegas dan patuh kepada segala peraturan yang mereka cipta itu.
Namun bila terkena kepada artis mereka takut untuk melaksanakan peraturan terbabit. Tindakan memberi cuti dan membenarkan Diana Danielle hadir ke satu majlis yang berbentuk hiburan seperti itu amatlah bertentangan dengan dasar PLKN itu sendiri. Majlis hiburan sepertiAnugerah Bintang Popular (ABP) adalah tidak bermoral sama sekali. Kebenaran cuti selama tiga hari yang diberikan jelas menunjukkan JLKN bersikap "double standard" kepada pelatih lain selama ini. Diana tidak wajib untuk hadir ke majlis ABP itu kerana beliau hanyalah calon. Sebelum ini ramai juga calon yang tidak hadir dan menghantar wakil untuk menghadiri anugerah-anugerah yang lain di negara kita. Ia adalah sesuatu yang normal bila artis terbabit mewakilkan orang lain untuk hadir bagi pihaknya. Maka Diana tidak akan "mati" jika tidak hadir, ia bukannya penting sangat untuk beliau diberikan cuti selama tiga hari oleh JLKN. Bayangkan kalau perkara seperti ini berlaku kepada pelatih yang lain. Misalnya ada majlis-majlis penting yang perlu dihadiri, sudah pasti mereka akan dihalang berbuat demikian. Ini menunjukkan bahawa pihak PLKN telah engkar kepada arahan mereka sendiri. Fikir-fikirkanlah !
[Apa yang berlaku ini jelas sekali menunjukkan satu penyelewengan peraturan yang nyata kepada pihak-pihak terbabit. Mereka kononnya mahu bertegas dengan mana-mana peserta yang didapati gagal hadir ke PLKN. Bahkan mahu semuan pelatih patuh dengan arahan dan tidak boleh ingkar dengan undang-undang serta peraturan yang telah ditetapkan. Namun, dalam masa yang sama mereka sendiri di JLKN gagal menghayati apakah yang mereka lakukan itu. Membenarkan seorang pelatih bercuti hanya untuk hadir dalam program hiburan adalah salah dari segi undang-undang PLKN itu sendiri. Tidak kiralah siapa pelatih itu. Soalnya kenapa mereka harus tunduk dan akur dengan Diana Danielle ini? Apakah tujuan Diana dipilih ke PLKN?. Apakah beliau sekadar untuk menjadi duta PLKN atau sebaliknya. Jika beliau memang seorang pelatih PLKN maka mengapakah ada keistimewaan kepada beliau seperti ini?].

Tiada ulasan:
Catat Ulasan