"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Zahid Cabut Lari Elak Wartawan


   

Kekalahan Umno dan Barisan Nasional di kawasan parlimen Bukit Gantang semalam tidak boleh diterima oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Zahid Hamidi.

Beliau yang hadir pada sidang akhbar di sebuah hotel di Taiping cabut lari selepas pengumuman kekalahan Umno dan BN meninggalkan Muhyiddin Yassin dan Dr Zambry Abd Kadir menjawab pertanyaan daripada wartawan yang sudah berkerumun sejak petang.

Wakil media tercari-cari Zahid di hotel tersebut untuk mengajukan soalan berhubung kekalahaan Umno dan BN tetapi kelibat beliau dilihat keluar dari hotel secara tergesa-gesa menurut seorang wartawan akhbar tempatan.

Zahid yang juga timbalan pengerusi badan perhubungan Umno Perak mencetuskan kontroversi apabila beliau mengaitkan majlis tari-menari oleh wanita berpakaian separuh bogel pada satu jamuan makan malam di Kuala Sepetang semasa kempen pilihan raya kecil Bukit Gantang bau-baru ini sebagai sebahagian daripada budaya Cina.

Ini telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina di kawasan tersebut sehingga menyebabkan 97 peratus undi kaum Cina di Kuala Sepetang dimenangi oleh Pakatan Rakyat.

Wakil media juga menunggu Zahid untuk bertanyakan dakwaan bahawa beliau membuat pertemuan dengan kumpulan samseng Cina di sebuah hotel di Taiping beberapa hari sebelum pilihan raya.

Beberapa wakil media berkata beliau cuba mengelak daripada menjawab soalan tersebut dan sebaliknya memberi jawapan yang berlainan. 

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: