"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

PAS menang di Dun Changkat Jering dengan majoriti baru 1,689 undi!


PAS meningkatkan undi di Dun Changkat Jering dalam Parlimen Bukit Gantang dari 64 undi yang diperolehi oleh Osman Jailu pada pilihan raya umum lalu kepada 1,689 undi pada pilihan raya kecil Bukit Gantang hari ini.

Maklumat yang diperolehi sebelum jam 5 petang tadi menunjukkan sesuatu utuk PAS dan BN. Jumlah undi yang dipungut oleh PAS di Dun Changkat Jering 9,897 sementara itu BN meraih 8,208 undi. Majoriti undi sebanyak 1,689 undi.

Bagi Dun Kuala Sepetang, PAS mendapat 8,469 dan BN memperolehi 6,259 undi dengan majoriti sebanyak 2,210 undi.

Bagaimanapun, di Dun Trong PAS kalah ditangan BN. PAS mendapat 3,441 undi dan BN mengaut undi sebanyak 4,245 undi dengan majoriti 904 undi.  
http://sanggahtoksago.blogspot.com/

Tiada ulasan: