"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan Selangor mahu Balkis dihidupkan semula

Kerajaan Negeri Selangor melalui peguamnya semalam memohon Jabatan Pendaftaran Pertubuhan Malaysia supaya menghidupkan semula  Badan Amal dan Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (Balkis) dengan serta merta.

Kerajaan Negeri sebelum ini telah memohon Pendaftar Pertubuhan tidak meluluskan permohonan pembubaran Balkis namun bantahan itu tidak dihiraukan.

Menurut surat yang dikeluarkan oleh Tetuan Fernandez & Selvarajah kepada Pendaftar Pertubuhan bertarikh 9 April, Kerajaan Negeri memohon supaya jabatan itu tidak mewartakan pembatalan pendaftaran dan pembubaran Balkis, seterusnya mengenepikan pembatalannya.

"Kami diarahkan oleh anak guam  kami untuk menyatakan bahawa pembatalan  pendaftaran dan pembubaran Balkis seperti yang dilaporkan adalah salah di sisi undang-undang mengikut Akta Pertubuhan 1966.  

"Anak guam kami juga memohon agar pihak Pendaftar Pertubuhan menuntut kembali dana dan kepunyaan Balkis daripada Jabatan Insolvensi  Malaysia dan menyerahkan dana tersebut kepada anak guam kami untuk tindakan selanjutnya,: demikian dijelaskan dalam surat guaman tersebut.

Pada 25 Mac lalu, hasil siasatan pendengaran awam terbuka  berhubung Balkis yang dijalankan oleh Jawatankuasa Pilihan  Khas  mengenai Keupayaaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (SELCAT) mengesahkan Balkis  telah dibubarkan berkuatkuasa mulai 11 Februari 2009.

Perintah  pembatalan pendaftaran Balkis telah dikeluarkan oleh jabatan berkenaan mengikut Seksyen 13(1)(a) Akta Pertubuhan 1966. Dana kepunyaan Balkis berjumlah RM9.9juta sedang dikendalikan oleh pihak Jabatan  Insolvensi Malaysia. 

-TVAntara.com.my-

Tiada ulasan: