"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPRM Bertindak, EXCO-EXCO Selangor Kecoh

Cucu Tok Wan

34 orang telah ditahan. 24 orang daripada mereka adalah kakitangan kerajaan, dua yang lain adalah pembantu politik. Mereka telah ditahan di lima buah negeri oleh SPRM. Yaakob Sapari, salah seorang Exco Selangor turut diserbu oleh SPRM dan Exco-Exco Selangor serta beberapa orang pembantu serta penyokong mereka, menghalang SPRM daripada menemui Yaakob Sapari.

Semuanya gara-gara PENYELEWENGAN PASIR yang melibatkan rasuah ringgit dan habuan seks!

SPRM sememangnya mempunyai perisik-perisik mereka sendiri. Bagaimanapun, dalam banyak kes, apabila melihat orang politik, biasanya pemberi sumber maklumat adalah dari kalangan orang politik itu sendiri. Pemberi maklumat pula, biasanya bukanlah dari kalangan pihak lawan, sebaliknya dari kalangan kawan-kawan atau yang memakai baju serupa.

Siapakah di kalangan barisan kepimpinan negeri Selangor yang sebenarnya mengharapkan sangat dapat berkuasa ke atas kelulusan pasir untuk diangkut dan dicuri itu?

Kita nantikan, siapa sebenarnya yang menjadi mata dan telinga SPRM sekaligus bersikap seperti 'musang berbulu ayam' atau 'menangguk di air keruh'. Sesuatu yang sangat pasti ialah, industri perlombongan pasir jauh lebih menguntungkan berbanding perlombongan bijih timah. Dan Selangor bukanlah satu-satunya negeri yang berhadapan dengan kes-kes mencuri pasir, sebaliknya di semua negeri di Tanah Melayu ini, termasuklah di Sabah dan Sarawak. Malah Tun Dr. Mahathir turut memperkatakan tentang 700 buah lori yang keluar masuk ke Singapura dari Johor Bahru membawa muatan pasir silika.

Pasir silika adalah bahan mentah yang akan diproses untuk dijadikan mikrocip.

Tiada ulasan: