"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Khalid sedia terima keputusan jika...

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad berkata, beliau sedia menerima apa sahaja keputusan jawatankuasa disiplin PAS terhadapnya esok selagi ia mempunyai bukti yang nyata.

“Apa yang diputuskan kita akurlah. Kalau ada alasan penghakiman, saya boleh diterima. Saya tidak nafikan mungkin ada saya tersilap, saya terlanggar.

“(Tetapi) kalau ada bukti yang nyata (bersalah), saya terimalah. Saya (akan) akui saya tersilap,” katanya.

Ogos lalu, Khalid dan pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dihadapkan
ke jawatankuasa disiplin ekoran dakwaan mursyidul amnya Datuk Nik Aziz Nik Mat, terdapat "beberapa kerat pemimpin bermasalah" dalam parti itu.

Esok, jawatankuasa tersebut, yang dipengerusikan naib presidennya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man akan menentukan nasib dua pemimpin berkenaan.

Bercakap dalam sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini, Khalid berkata, jika keputusan esok tidak mempunya asas penghakiman, beliau mungkin membawa isu tersebut ke peringkat yang lebih tinggi.

“Kalau tidak (ada alasan penghakiman), saya buat rayuanlah kepada pihak lebih atas, Majlis Syura Ulama kalau tidak silap saya. Kita tengoklah (keputusan esok),” katanya.

Tuan Ibrahim hari ini dilaporkan berkata, keputusan terhadap Khalid dan Dr Hasan dijangka diketahui sebelum waktu solat Jumaat.

Pada penghujung Disember lalu, Hassan dan Khalid dipanggil jawatankuasa berkenaan bagi memberikan keterangan berhubung beberapa perkara berkaitan siasatan terhadap mereka.

Pada awal Januari ini, mereka dilaporkan telah dua kali dipanggil bagi bagi membantu menyelesaikan siasatan terhadap mereka.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: