"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah sahkan nikah semula pemimpin Pemuda PAS, mufarakah batal

Mohd Zuharman

KOTA BARU, Jan 17: Mahkamah Syariah sebentar tadi menerima perkahwinan semula bekas ketua penerangan Pemuda PAS Kelantan, Dr Rosli Allani Abdul Kadir yang didakwa telah berlangsung di negara jiran selepas perintah berpisah sementara dikeluarkan 21 Dis lalu.

Mahkamah memutuskan demikian selepas merima bantahan awal peguam Rosli. Dengan itu mahkamah menerima pernikahan baru pasangan Rosli dan Ilyani Mohd Noor.

Bagaimanapun bapa Ilyani, Mohd Noor Che Man mahu memfailkan tuntutan rayuan pada hari ini juga.

Rosli dan Ilyani tidak hadir pada prosiding tersebut.

Rosli ketika dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi berkata beliau belum dimaklumkan keputusan itu oleh peguamnya. Ilyani dipercayai berada di ibu negara.

Pasangan berkenaan telah dikeluarkan perintah mufarakah pada 21 Dis lalu.

Susulan arahan itu mereka dikatakan telah berkahwin semula di negara jiran mengikut hukum syarak.

Pada 4 Jan lepas Rosli, melalui peguamnya Mustafa Kamal Mat Hassan mengemukakan notis bantahan awal bagi membatalkan kes tuntutan pembatalan perkahwinannya yang difailkan Mohd Noor dan perintah mufarakah oleh mahkamah.

Pada prosiding yang sama juga Rosli memohon mahkamah membenarkan pendaftaran dan mengesahkan perkahwinan mereka di luar negara mengikut peruntukan Seksyen 12 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam Negeri Kelantan No 6 Tahun 2002.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Yusof Awang menetapkan 17 Jan untuk keputusan permohonan bantahan awal pasangan berkenaan.

Difahamkan Rosli dan Ilyani bernikah semula di kampung Wakseng, Yarang, Pattani, Thailand pada 22 Dis lalu selepas pernikahannya di Masjid Lapangan Terbang Subang pada 26 Dis 2008 diragui kerana disyaki terlibat dengan perkahwinan sindiket.

-themalaysianinsider-

Tiada ulasan: