"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Islam Masih Dagang Di Sini

Zolkharnain Abidin

Ketika mem[arrahnTemerloh.jpg]andu untuk ke ar-Rahn (pajak gadai Islam) pada penghujung Disember yang lalu, saya melalui beberapa buah pajak gadai konvensional di Kangar.Kaunternya tinggi mengatasi kepala dan dipasang jeriji besi. Saya pasti penggadai tidak akan dibenarkan untuk melihat bagaimana emas miliknya ditimbang dan diuji ketulenannya.

Apa yang pasti, selepas beberapa minit, sepucuk surat gadai bersama hasil gadaian diserahkan kepada penggadai.Taukeh pahak gadai tersebut pula membilang hari untuk menjadikan emas yang digadai itu haknya kerana emas yang digadai akan mudah ‘lelap’ (bukan tidur tetapi hilang hak).

Walau pun sistem gadaian sebegitu penuh dengan keraguan, risiko (gharar), orang-orang Islam tetap mengunjunginya.

Saya nampak dengan mata kepala sendiri bagaimana wanita bertudung berurusan di situ. Bukan seorang tetapi beberapa orang. Tentulah urusan mereka menggadai barang kemas masing-masing.

Soalannya, mengapa umat Islam masih memilih pajak gadai konvensional, pada hal pajak gadai Islam sudah banyak?

Di Perlis ada ar-Rahn milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Kelantan, Pajak Gadai Islam milik Yayasan Islam Perlis, di samping sistem gadaian Islam yang dikendalikan oleh Bank Rakyat dan beberapa buah bank lagi.

Apabila sampai di ar-Rahn, saya tidak perlu menunggu lama untuk berurusan. Pada ketika itu hanya saya seorang sahaja di situ. Berbeza dengan pajak gadai konvensional tadi, penggadai perlu beratur juga walau pun tidak panjang.

Memerhatikan itu semua, saya berani berkata bahawa Islam di Malaysia masih dagang. Maksud saya, Islam di Malaysia masih asing termasuk kepada orang-orang Islam sendiri.

Sistem gadaian Islam, pinjaman secara Islam,belian bertangguh secara Islam dan banyak lagi masih belum mendapat tempat di hati orang-orang Islam. Sistem itu semua masih ‘asing’ atau ‘dagang’ kepada orang Islam.

Islam agama istimewa, tetapi sayang keistimewaan Islam tidak disedari oleh orang Islam sendiri. Kalau orang Islam sendiri tidak dapat menikmati sepenuhnya keistimewaan Islam, bagaimana pula dengan orang bukan Islam?

Beberapa insiden kebelakangan ini juga bagi saya membuktikan Islam masih asing atau dagang di Malaysia. Antaranya:

  • Apabila ada ahli politik bukan Islam membaca ayat al-Quran di pentas ceramah, ada orang Islam yang bising. Itu tak boleh, menghina Islam, mempersenda Islam, dan macam-macam lagi.
  • Apabila dikatakan bahawa perkataan Allah boleh digunakan oleh orang bukan Islam, orang Islam bising lagi sehingga berdemontrasi di sana-sini.
  • Apabila berlaku kes qazf, mahkamah syariah tidak membicarakannya tetapi menunggu keputusan mahkamah sivil.

Islam memang asing atau dagang ketika di Mekah. Masyarakat Arab Mekah sukar menerimanya kerana agama itu masih sangat baru. Mereka telah lama bergelumang dengan cara hidup berhala sehingga apa sahaja yang bercanggah dengan berhala akan ditentang habis-habisan.

Namun, dalam tempoh 23 tahun sahaja, Islam tidak lagi asing kepada masyarakat Mekah.

Di Malaysia, Islam masih asing walau pun sudah lebih 50 tahun negara merdeka. Sepanjang tempoh itu negara ini diurustadbir oleh orang Islam.

Tetapi mengapa Islam masih asing dan dagang di negara ini?

http://bongkarsauh.blogspot.com/

Tiada ulasan: