"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

11 pelajar bukan Islam di Pasti Kampung Lobou

Harakahdaily
SEPANGGAR, 17 Jan:
Pasti Al-Islah Kampung Lobou menempa sejarah istimewa penubuhannya apabila 11 daripada 20 orang pelajar yang mendaftar adalah bukan Islam.
Pasti yang baru sahaja ditubuhkan itu diberi nama Al-Islah sempena nama surau yang bersebelahan.

Ketua Pengarah Pasti Pusat, Azrin Abd Majid yang telah merasmikan penubuhan Pasti itu semalam, melahirkan rasa gembira dengan kepercayaan yang diberikan oleh masyarakat bukan Islam kepada institusi di bawah Dewan Pemuda PAS itu.

"Ini satu bukti orang bukan Islam meyakini sistem pendidikan Pasti dan juga membuktikan kehadiran Islam adalah untuk semua manusia," kata beliau.

Di dalam ucapannya, turut berhasrat supaya murid-murid bukan Islam yang belajar di Pasti boleh aktif mengikuti aktiviti-aktiviti Pasti seperti pertandingan sukan dan ihtifal.

Sebelum majlis perasmian dimulakan, Azrin telah menyampaikan kuliah Maghrib yang bertajuk "Hijrah Membawa Keluarga Bahagia".

Turut hadir di majlis perasmian itu ialah Mudir Pasti, Miyasir dan wakil Dewan Pemuda PAS Negeri Sabah, Salahuddin dan Zulkarnain, setiausaha kerja Pasti Wilayah Persekutuan.

Azrin juga menyertai majlis dialog bersama ibu bapa pelajar Pasti Papar.

Tiada ulasan: