"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Catatan Pengalaman XPDC Jelajah Daerah genap setahun rampasan kuasa di Perak

bumiperak
6 Feb 2009 Hari Memperingati genap setahun rampasan kuasa di Perak di mana BN diterajui Najib Tun Razak merentap kuasa daripada Pakatan Rakyat yang sah. Dari perkiraaan undi keseluruhan Parlimen di Negeri Perak tahun 2008, PR memperolehi 54% undi sementara BN Cuma mendapat 46% popular sahaja.

Sempena mengingatinya, masing-masing mengatur program bersama rakyat sempena rampasan kuasa ini. Berbanding dengan Zambry Abd Kadir lebih selesa menyemput orang ramai ke kediamannya dengan hebahan lebih 100 banner poster dipasang disetiap persimpangan dan masjid. Siaran secara langsung di TV1 pada malam sebelumnya Zambry berdialog setahun pemerintahannya keseluruh negara.

Sementara Menteri Besar Rakyat Dato Seri Ir Nizar mengadakan program bertemu rakyat ke daerah-daerah seluruh Perak bagi menyampaikan mesej kebenaran. Sepanjang program XPDC Jelajah Pakatan Rakyat ini, dikawal dengan kehadiran ramai angota polis seolah-olah akan berlaku hura-hara. Kumpulan kami diekori, diberitakan seramai 150 orang SB dan anggota polis turut menggunakan perakam video mengawasi pergerakan.

Apakah salah wakil rakyat ADUN yang dipilih bertemu pengundi dikawasannya?

8.00 pagi berkumpul di pokok demokrasi berhadapan bangunan Darul Ridzuan dengan dua buah bas, satu menghala ke utara dan sebuah lagi ke arah selatan.. Majlis dimulakan dengan sedikit ucapan dan doa. Bas kami ke utara seramai 20 orang terdiri dari Menteri Besar Rakyat, Dato Seri Nizar, YB Idham Lim, YB Tai Sing Ng, YB Zainuddin, YB Ramli Tusin, pimpinan Parti dan rakan media. Ada juga ADUN yang lain mengikuti dengan kereta.

8.30 pagi Sampai ke pasar Jelapang disambut penyokong Pakatan Rakyat dan menemui penjaja dan orang ramai. Masuk ke restoran, pasar sayur, pasar ikan dan penjaja di tepi jalan. Peniaga ramai memahami situasi politik di Perak dan menyatakan sokongan. Kemunculan Ir Nizar disambut hangat oleh orang ramai memang telah dikenali.

9.00 pagi Tiba di Markas Pas Tambun Chepor untuk bersarapan. Majlis penyampaian bantuan kepada 50 orang miskin diadakan.

10.00 pagi Bas XPDC kini diiring 3 mosikal besar yang membantu melancarkan lalu lintas dan bas kami dapat cepat tiba ke destinasi. Singgah di Pekan Chemor menemui orang ramai di pasar dan kedai-kedai.

10.30 pagi Di hadapan Balai Polis Sungai Siput, ketibaan kami disambut hampir 1000 orang penyokong bagaikan menanti aktor popular. Meramah orang ramai dan peniaga di Pasar sehari hingga ke Pasaraya The Store

11.00 pagi Kuala Kangsar mengedarkan risalah fakta rampasan kuasa dari Jam besar ke Stesyen bas. Kemudian singgah ke Pasar Tani di Dataran Sungai Perak. Ada peniaga meminta Nizar menandatangani di kereta niaganya dengan harapan berkat perniagaaan.

12.00 tgahri setiba di Lenggong lebih 50 buah mosikal penduduk kampong mengiringi bas dan turut diikuti 107 buah kereta lain!. Penuh sesak orang ramai mengikuti penjelasan Nizar dan pimpinan Parti. Selepas makan tengahari dan solat zohor orang ramai bergilir-gilir bergambar kenangan.

3.00 petang dinantikan lebih 300 orang ramai menyambut Nizar di Padang Rengas. Penjelasan ringkas diberikan dan pengenalan kepada pimpinan lama bersama PAS. Minum petang disediakan cukup meriah.

4.00 petang Tiba di Kompleks Perniagaan berhampiran tol Bukit Gantang taklimat ringkas kepada penyokong Pakatan Rakyat serta orang ramai kira-kira 800 orang yang mengunjungi dataran perniagaan di sini.

5.00 petang Tiba berhampiran pasar Taiping dan hujan turun tidak menghalang program diadakan. Selepas ucapan 59 belon warna hitam dilepaskan simbolik kepada bilangan kerusi DUN Perak. Sebanyak 10 kotak limau diagihkan kepada pengunjung dan peniaga Pasar Taiping.

6.00 petang berada di bandar Bagan Serai seperti biasa mengunjung peniaga dan orang ramai sebelum DS Nizar kembali ke Ipoh dengan kereta.

7.30 malam Makan malam di Parit Buntar makan malam dengan menu istimewa sup rusa, dan berpeluang mengikuti YB Idham Lim ke dua tempat ceramah berkelompok bertemu penduduk kampong. Program tamat jam 11.30 malam dan bertolak balik ke Ipoh.

Tiada ulasan: