"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kenapa TV3 Jemput Zulkifli Nordin?

ramziredang
Anda pernah dengar TV3 menjemput TGHH atau TGNA untuk memberi hujah dan pendapat dalam slot khas di TV? Anda pernah dengar TGHH diizinkan satu slot untuk menghuraikan permasalahan semasa? Jadi kenapa TV3 menjemput Zulkifli Nordin? Sepertimana persoalan Tuan Ibrahim Tuan Man bertanya, bilamana UMNO tidak menyerang PAS, adalah hampir sama jawapannya. Sungguhpun soalannya sama sekali jauh berbeza, tetapi jawapannya ada dalam konteks sama iaitu sesuai dengan kehendak UMNO itu sendiri. Kepada ahli ahli PAS yang masih dibuai mimpi, bangunlah, sedarlah, bahawa UMNO hanya semata mata ingin ambil kesempatan terhadap orang orang PAS yang merasa tidak tertipu padahal tertipu.
Masih ada lagi orang orang yang sangat memuja Zulkifli Nordin. Apakah masih tidak nampak bunga bunga apa yang sedang tersemat dihatinya? Jika anda masih tidak dapat meneka dan menebak ke arah mana haluan dia selepas ini, ternyatalah anda tidak mau mengambil faedah dari petunjuk yang telah Allah zahirkan.

Cuma masa akan menentukannya. Sama samalah kita nantikan. Kebenaran yang nyata pasti akan muncul di depan tuan tuan yang selama ini tersangat memuji Zulkifli Nordin. Kepada mereka yang memang sudah nampak helah UMNO yang semata mata ingin memecahbelahkan PR, syabas saya ucapkan.

Kepada yang masih menaruh baiksangka terhadap UMNO, malanglah kamu dan nasib kamu. Kamu tidak mampu melihat kebenaran dan tidak tersedar bahawa kamu sendiri telah termakan tipu daya golongan munafikin. Kamu lupa bahawa mereka adalah sama seperti yahudi yang sangat pakar dalam taktik tipu daya. Kamu tidak tersedar isu agama dan nama Allah ada senjata mereka untuk kamu menikam jemaah kamu dan memecahbelah.

Semoga selepas ini semakin ramai TV3 menjemput pemimpin yang mereka sukai, supaya kami dapat melihat dan memilih dengan jelas pemimpin mana yang senada dengan UMNO.

Tiada ulasan: