"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mahkamah Harus Bendung Fitnah Media

Pada sidang media di perkarangan mahkamah pagi tadi, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut menghuraikan keperluan hakim bertindak tegas dalam membendung amalan media seperti Utusan Malaysia memutar belitkan laporan demi melindungi kewibawaan sistem keadilan negara.

Anwar berkata meski pun beliau dinafikan beberapa dokumen relevan untuk menyediakan pembelaan yang rapi, beliau yakin kebenaran akan berpihak kepadanya.

"Saya tidak risau mengenai kes kita mempunyai fakta yang cukup dan fakta untuk mengenepikan keseluruhan kes pendakwaraya kita ada, sangat kukuh kita perlu tunggu sehingga masa yang sesuai sewaktu pertanyaan balas, kita tidak boleh mengemukakannya sekarang" ujar Anwar lagi.

Namun apa yang dibimbangkan ialah taktik media kawalan UMNO yang cuba mempengaruhi persepsi umum dengan memutarbelitkan keterangan yang diberi semasa perbicaraan.

"Bagaimana anda boleh membuat keputusan melalui media untuk menjatuhkan dan menghakimi saya sebelum saya mengemukakan hujah, sebelum pertanyaan balas, mengapa menggunakan ia untuk menyerak karektor saya? Kamu dah lakukan pada 1998 dan 1999, melalui media UMNO Utusan Malaysia. Apa penjelasannya? Saya mengkritik mereka sebab ia institusi Melayu, saya tidak mengkritik sebab kamu Melayu, Islam, Hindu atau Kristian, saya mempersoalkan kredibiliti dia dalam keadilan terhadap setiap orang, itu prinsip kita" kata Anwar lagi.

Anwar berkata serangan bertubi-tubi oleh media seperti Utusan, jika dibiarkan, akhirnya, akan mencemar proses keadilan di mahkamah.

"Saya bimbang bila media menghukum, mengaibkan dan saya bimbang bila hakim tidak dapat menjamin proses undang-undang yang sah" tambah Anwar lagi.
-tvselangor-

Tiada ulasan: