"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Sokong tulisan Zolkharnain

Azura
Saya tertarik dengan isu yang dikemukakan oleh Saudara Zolkharnain Abidin

Saya sedang mengikuti Pengajian Doktor Falsafah (Kejuruteraan) di UTM dan insya-allah akan tamat pengajian pada tahun ini.

Suami saya bekerja sebagai jurutera di sebuah kilang Jepun ternama di sini.

Segala apa yang ditulis oleh saudara Zolkharnain Abidin kami sokong kerana hanya orang yang bekerja di sektor swasta pada jawatan tinggi yang merasai kesan dan akibat.

Setiap hari kami hanya mengikuti berita yang disiarkan oleh stesen negara jiran sahaja (TCS5 dan Channel News Asia).

Ini kerana, maklumat ekonomi yang disampaikan secara telus.

Pada pendapat kami kerajaan sepatutnya tidak menyembunyikan keadaan ekonomi negara kerana ianya akan mempengaruhi secara langsung atau tidak langsung pelaburan, simpanan dan perancangan golongan sederhana secara jangka panjang.

Kami juga setuju mengenai skim pengambilan pekerja yang dilakukan oleh sektor swasta.

Sebagai tambahan, bukan sektor swasta sahaja dilihat mengamalkan budaya ini, malah kemasukan ke sektor kerajaan juga turut mengamalkan sistem biroksi.

Syukur pembelajaran kami tidak ditaja oleh mana-mana badan kerajaan tetapi ditaja oleh sektor melayu korporat yang ingin memajukan agama dan bangsa.

Betul kata Saudara Zolkharnain Abidin, jika ekonomi negara semakin pulih kenapa setiap bulan ada sahaja kilang antarabangsa ditutup di kawasan Johor?

Yang tahu dan mengambil tahu perkara ini hanya orang yang ingin memikirkanya tapu bukan ibu, ayah dan keluarga kami di kampung yang hidup mereka hanya bergelumang dengan maklumat yang disebarkan melalu media tempatan.

Saya hanya menyatakan pendapat. Salah dan silap harap dimaafkan kerana saya tidak begitu mahir dengan penulisan seperti ini.

Terima Kasih.

Azura, JB.

-harakahdaily-

Tiada ulasan: