"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kerajaan Sarkas dan anjing gila

mohdnoorawang
Artikal yang bertajuk "Dr. Zambry bakal ditabalkan 9/2/2010 MB Perak " terkena ramalan. Maka seluruh hakim berlima memberi kata mutlak "YA" kepada Dr.Zambry sebagai MB Perak. Tutup segala ramalan yang mengatakan Ir, Nizar ada peluang MB Perak yang sah. Pada asalnya Nizar MB Perak yang paling sah disisi undang-undang dan demokrasi perlembangaan. Hakim akan berhujah bermacam cara dan "kluase" untuk mengiyakan tindakan hakim dan keputusan mahkamah.

Ingat jarang berlaku anjing belaan makan tuan yang membela anjing, melainkan anjing gila sahaja yang memakan tuan dan menyalak sampai jadi gila. Begitulah hakim hakim yang membicara kes Nizar vs Zambry, mahkamah diakhir keputusan akan berpihak kepada kerajaan yang mereka dapat imbuhan dan pangkat. lebih- lebih lagi ada kepentingan umno dan kerajaan BN dibawah perdana menteri Najib Razak. Takkan hakim hakim mahu mengigit kaki Najib, oh tidak akan beralaku. Pehak hakim hakain atau mahkamah perlu dan wajar merujuk kepada PM Datuk Najib Razak setiap keputusan yang membabitkan kepentingan negara dan kepetingan politik umno dan bn dari kacamata perdana menteri sebagai orang berkuasa di malaysia.

Keputusan Zambr sebagai MB Perak kami tidak terkejut, malah kalau Zambr tidak menjadi MB Perak atau keputusan memihak kepada Nizar kami amat terkejut malah mungkin tsunami politik. Maka segala kes yang membabitkan kepentingan UMNO dan BN walaupun kes itu terang dan jelas salah UMNO dan BN, maka jawapan sebelum bicara dah dapat keputusan. Mahkamah di Malaysia menjadi mahkamah sarkas. Contuh yang cukup relevan Najib jelas terlibat dalam kes wanita mongaliar, Malang Najib tidak dibawa ke muka hakim untuk bicara kesahihan betul ke Najib terlibat sama dalam pakatan kematian wanita mongoliar.

Malah yang terkini Najib dan Rosmah dikaitkan dengan satu pakatan bersama pertuduhan kes liwat episod kedua keatas DS Anwar Ibrahim. Sepatutnya untuk membersihkan nama Najib rzak dan Rosmah Mansor seharusnya Najib dan Rosmah tampil memberi kenyataan dalam mahkamah atau membuat kenyataan balas dalam mahkamah, biar hakim hakim bicara membuat keputusan.

Hakikatnya anjing tidak akan mengigit tuan anjing atau anjing tidak akan gigit tuannya, melainkan anjing itu anjing gila. Jesteru itu mahkamah betul membuat keputusan memihak kepada Zambry untuk disahkan sebagai MB Perak. Tutup episod dua MB Perak. Kita perlu mengalihkan kepada Zambry agar membuat kerja dan memerintah Perak sebagai MB yang adil dan jangan terlalu berpolitik secara fikiran JKKK.

Piliharalah kerharmonian kaum yang berbilang bangsa. Dan Zambry jangan pendendam kepada penyokong pakatan rakyat, sekali lagi Zambry jangan jadi otak JKKK. Anda ada phd jangan guna phd anda sama tarf dengan JKKK.

Bagi pehak Nizar dan PAS, PKR serta DAP yang dikatakan pkatan rakyat ayuh kta perlu muhasabah dri dan kekutan politik semasa dan masa depan untuk menghadapi gelombang kedua dalam pilihanraya umum yang ketiga belas nanti. Adakah PAS, DAP, PKR dapat sokongan padu dari rakyat negeri Perak. Ayuh kota gembelingkan tenaga seluruh pengerak parti dalam pakatan rakyat untuk menawan semula Perak.

Serahkan sahaja perak pada umno dan zambry, yang penting wakil rakyat PKR, DAP, PAS perlu mendekati rakyat dari sekarang. Umum diterima aduan wakil rakyat pakatan rakyat "ada jauh sikit pada rakyat", Lupakan episod dua MB, yang penting kembali berkhidmat kepada masyrakat tempat yang diwakili.

Tiada ulasan: