"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kapal selam dah jadi bot?

Sofi Wahab
Laporan media menyebut kapal selam yang umurnya setahun jagung sudah tidak boleh menyelam kerana masalah teknikal. Tetapi jangan risau kalau kapal selam itu tidak boleh menyelam ia boleh jadi bot tidak perlu menyelam.

Ternyata satu lagi episod malang yang boleh ditertawakan orang luar. Bagaimana sebuah kapal selam yang didakwa canggih manggih, belum apa sudah mengalami masalah.

Hal ini bukannya dinyatakan oleh Pengerusi JKKK kampung tetapi diakui sendiri oleh Panglima Tentera Laut, Tan Sri Abdul Aziz Jaafar.

Abdul Aziz mengakui bahawa kapal selam tersebut iaitu KD Tunku AbduL Rahman mengalami kerosakan teknikal di mana bahagian yang menyalurkan tekanan air kelur masuk bermasalah, ini menyebabkan ianya gagal dilancarkan di bawah permukaan air.

Ternyata sekali lagi sistem pertahanan negara kita dilihat longgar dan lemah. Macamana sebuah kapal selam yang baru dibeli sudah mengalami kerosakan. Masalah ini sudah tentu akan menyebabkan duit rakyat hangus sekali lagi kerana digunakan untuk membaiki kerosakan ini.

Kalau sebelum ini enjin jet hilang kita ditertawakan orang, kini kapal selam pula tidak boleh menyelam.

Apa nak jadi dengan Malaysia ini. 1Malaysia semuanya bermasalah.

1 ulasan:

Shahery berkata...

En Shah.. Ini lah sifat orang-orang pas perkara yang mereka tidak tahu buat-buat macam tahu. Sepatutnya selidik dulu kenapa kapal selam tu tidak boleh menyelam dan apa puncanya. Ilmu dan maklumat tentang sesuatu perkara tu cari lah dahulu baru keluar statement. Ini tidak terus hantam kromo main sedap mulut tidak tentu pasal. Wallahualam...