"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Mustapa Patut Jadi DO Bukan Menteri

Mohd Sayuti Omar

PEMBERIAN wang ehsan kepada rakyat Kelantan dibuatbukan secara membuta tuli, tetapi atas nasihat Peguam Negara. Begitulah kata Mustapa Mohamed, (foto) Tok 4 Umno Kelantan itu. Beliau membuat penjelasan itu setelah Kerajaan Kelantan mengemukakan writ saman terhadap Petronas semalam menuntut agar membayar royalti kepada kerajaan Kelantan seperti mana mengikut perjanjian di bawah Akta Pembangunan Petroleum 1974..

Apa yang hendak dinyatakan Mustapa ialah tindakan pemberian wang ehsan itu dibuat berdasarkan prinsip undang-undang. Sekaligus ia menafikan tuduhan pemimpin kerajaan Pas Kelantan yang menuduh keengganan melunasi royalti minyak itu sebagai pencabulan undang-undang dan penganiyaan secara melanun terhadap harta rakyat Kelantan.

Penjelasan Mustapa ini memperlihatkan siapa Mustapa sebenarnya. Sejauh itu sajalah politik Mustapa. Ia tidak lebih dari sempadan kampungnya di Badak, Bachok atau kawasan dimenanginya di Jeli saja. Peluang menjadi menteri kabinet tidak membawa apa-apa perubahan kepada Mustapa. Beliau masih utuh kekal sebagai pekerja ala pegawai kerajaan dan bukannya pemimpin jauh sekali seorang pejuang.

Mustapa hanya mengikut general order yang dikemukakan kepadanya tanpa langsung berani membuat sesutau di laur general order itu meskipun untuk kebaikan.

Beliau tersalah pilih profesyen sebenarnya. Mustapa bukan sepatut menjadi menteri atau ketua Umno Kelantan, tetapi dia patut menjadi gebenur atau DO. Memang gebenur akan menjalankan tugasnya mengikut undang-undang tanpa menunjukkan kecenderongan melampau kepada mana-mana pihak. Mustapa seorang yang baik tetapi bukan politician yang bijak.

Mustapa tidak dapat membaca apaklah implikasi dari nasihat Peguam Negara itu kepada politik Umno dan dirinya sendiri di Kelantan. Mungkin apa yang dinyatakan Peguam Negara itu betul dari segi perundangan. Tidak salah dengan apa yang dilakukan itu bahkan ia tepat mengikut undang-undang. Tetapi beliau kena faham bahawa politik tidak ada undang-undang dan sering melanggar undang-undang. Politik mengnyahkan undang-undang, adat dan agama.

Peguam Negara mungkin betul memberi 'kebenaran' wang ehsan itu diagihkan tetapi rakyat Kelantan mungkin marah. Sebab rakyat Kelantan mahukan wang royalti bukan wang ehsan. Rakyat Kelantan tidak akan melihat undang-undang itu betul dalam konteks ini. Seharusnya sebagai ahli politik yang inginkan kuasa Mustapa memahami realiti itu. Nampaknya beliau tidak mempedulikan itu dan masih terus mentadbir dalam bingkai kepegawaian yang sempit.

Sebab itulah krisis yang timbul di Kelantan beliau gagal menyelesaikannya. Mustapa tidak berani atau pun pandir untuk menggunakan kuasa yang ada kepadanya. Contoh klasik ialah di Tanah Merah dan Rantau Panjang. Sampai ke hari ini Umno didua bahagian itu berkucah.

Kalau Mustapa bijaksana dalam politik beliau tidak bercakap menggunakan nasihat Peguam Negara itu. Beliau juga tidak perlu mengambil nasihat Peguam Negara yang menyebabkan rakyat Kelantan membencinya. Beliau harus faham mengenai politik. Orang kampung tidak akan dapat menerima nasihat itu walaupun benar kerana tindakan meleyapkan royalti dan digantikan dengan wang ehsan itu menganiayakan mereka dan memberi alamat buruk kepada BN Kelantan.

Percayalah penjelasan Mustapa itu tidak mampu untuk mengurangkan rasa 'murih' rakyat Kelantan atas tindakan Umno. Usaha Mustapa 'membawa' Penguam Negara dan menjustifikasikan usaha beliau hendak meredakan perasaan marah rakyat Kelantan terjadi sebaliknya. Rakyat akan ketawa dengan cara itu kerana mereka merasakan Mustapa ingin memperbodohkan mereka. Cara Mustapa itu benar-benar tidak cerdik

http://msomelayu.blogspot.com/

Tiada ulasan: