"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Kelantan selesai fail saman Petronas

gambar malaysiakini
Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 30 Ogos:
Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat baru sahaja selesaikan memfailkan saman kerajaan negeri terhadap Petronas di pejabat Pendaftaran Dagang Mahkamah Tinggi Jalan Duta, di sini.

Beliau memfailkan saman itu pada jam 9.30 pagi ini.

Selepas itu, beliau yang turut yang diiringi timbalannya, Datuk Ahmad Yakob, anggota Exco kerajaan negeri, ahli-ahli Parlimen PAS dan pemimpin NGO bersama kira-kira 200 orang bergerak ke Masjid Wilayah untuk menunaikan solat hajat

Sidang media akan diadakan selepas itu.

Tiada ulasan: