"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bapa dakwa anak koma dipukul anggota polis

KOTA BHARU: Seorang remaja terpaksa bertarung nyawa apabila koma selama tiga hari akibat kecederaan parah pada kepala selepas didakwa dipukul oleh seorang anggota polis menggunakan sebatang kayu pada 20 Ogos lalu.

RIDUAN (kanan) memperkatakan sesuatu kepada Muhammad Raimie yang koma di HUSM, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.
Dalam kejadian kira-kira pukul 2.45 pagi, Muhammad Raimie Riduan, 15, dikatakan dalam perjalanan ke rumahnya dengan membonceng motosikal yang ditunggangi rakannya di Kampung Galang, Pulai Chondong dekat sini selepas keluar minum.

Dia kini ditempatkan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian di sini.

Dia menerima berpuluh-puluh jahitan.

Bapanya, Riduan Zawawi, 43, mendakwa, sebelum sampai ke rumah, mereka terserempak dengan beberapa anggota polis yang membuat sekatan jalan raya.

"Menurut rakan anak saya, mereka berdua tidak memakai topi keledar dan membuat pusingan U untuk mengelak daripada ditahan.

Tiada ulasan: