"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

IGP: Ismail Omar ganti Musa Hassan

Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan tidak akan diberi lanjutan kontrak untuk kali ketiga dan jawatannya akan diambil oleh timbalannya, Tan Sri Ismail Omar.
NONEMenurut SMS berita dariUtusan Malaysia, perkara itu disahkan oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Hussein.

Pengumuman itu menamatkan spekulasi berbulan-bulan lamanya tentang jawatan Musa yang berakhir hujung bulan ini.

Musa, 59, mencapai umur persaraannya pada 2007 tetapi kontraknya diperbaharui sebanyak dua kali. Lanjutan itu mendapat bantahan pelbagai pihak termasuk pembangkang dan aktivis hak asasai manusia.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: