"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abang buat,abang tanggung lahhh ...!!

cucupakkasim
Ini lah rupa Hassan Skodeng yang dicopy dari profile blog beliau ...

Abang buat, abang tanggung lahh ..., gurkah-gurkah politik di'port' pun bukanlah koman-koman punya orang, bukan tak boleh tulis lagi teruk daripada seperti yang di-postingkan oleh Hassan Skodeng "TNB To Sue WWF Over Earth Hour" di
www.nose4news.wordpress.com lebih dari itu pun gurkah-gurkah politik ini boleh,

tetapi memandangkan mereka semua dah tak larat nak keluar masuk lokap, walau pun cuma untuk empat lima malam (bukan sebab tulisan,bukan juga sebab kes jenayah, tapi sebab tolong orang), maka kami ambil pendekatan tulis padan patut sudah lah, lagi pun mereka blogger jalanan yang tidak dibayar, tidak ditanggung oleh sesiapa.

Mereka juga bukan Raja Petra, yang bila polis datang kerumah, ada 40 lawyer sedang stand-by untuk next action. Jadi itu yang buat mereka tulis berpada-pada. Tak percaya? boleh tanya www.adukataruna.blogspot.com apa rasa duduk dalam lokap (Kah..Kah..Kah.. masa berak semua orang tengok kita).

Oleh itu jangan cuba persoalkan, bagaimana mahu bicara soal perjuangan?? kalau nak duduk dalam lokap pun tak mampu??

Jadi, bila Hassan Skodeng kata dia ada sekumpulan orang-orang yang bijakpandai dan baik yang sentiasa berada disebelahnya termasuk beberapa lawyer yang bagus... well, what can we say? What we can say is just ... abang buat,abang tanggung lahh ...

dari blog:
http://dollahyankee.blogspot.com


dollah yankee -
Kalau Razak Baginda kes bunoh boleh dijamin keluar, kes Hassan Skodeng ni kira 'peanuts' laa ...

Tiada ulasan: