"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

'Gurau' dengan TNB: Hassan Skodeng didakwa

Seorang penulis blog hari ini didakwa di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya kerana menyiarkan berita palsu di blognya membabitkan Tenaga Nasional Berhad (TNB).

Irwan Abdul Rahman, 36, didakwa oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) menggunakan Internet bagi menghantar berita palsu yang bertujuan memburukkan pihak berkenaan.

Jika didapati bersalah, Irwan yang menggunakan nama Hassan Skodeng, di laman web menghadapi denda RM50,000 atau penjara tidak lebih setahun atau kedua-duanya sekali.

Editor eksekutif akhbar Malay Mail bagi seksyen gaya hidup dan hiburan itu memuat-naikkan artikel yang berjudul "TNB to sue WWF over Earth Hour" pada 25 March tahun ini. Tindakannya itu menyaksikan TNB membuat aduan rasmi kepada SKMM pada 2 April lalu.

Tiada ulasan: