"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Aktres Britain hadiri syarahan Gaddafi


BEBERAPA wanita meninggalkan sebuah dewan selepas mendengar syarahan Muammar Gaddafi di Rom kelmarin.

ROM, Itali - Seorang aktres Britain merupakan antara 500 wanita glamor yang diundang untuk menghadiri 'majlis memeluk Islam' anjuran pemimpin Libya, Muammar Gaddafi di kediaman Duta Libya di sini pada Ahad lalu, lapor sebuah akhbar semalam.

Sebuah akhbar melaporkan, undangan kepada aktres berkenaan, Clio Evans, 28, dan ratusan wanita lain dibuat menerusi sebuah agensi tempatan, Hostessweb.

Majlis tersebut diadakan di Akademi Libya, bandar raya ini selama dua hari berturut-turut selepas Gaddafi menyeru mereka supaya memeluk Islam semasa lawatan rasmi beliau ke Itali.

Sebelum ini, Evans dan dua lagi wanita didakwa telah memeluk Islam selepas mendengar penjelasan terperinci Gaddafi mengenai agama suci tersebut di majlis itu tetapi dinafikan olehnya.

"Saya masih belum memeluk Islam tetapi saya telah berkunjung ke Libya sebanyak tiga kali untuk melawat beliau dan kami menjadi kawan baik. Beliau memberikan saya seutas rantai emas sebagai hadiah," kata aktres berkenaan yang menetap di sini

"Gaddafi merupakan seorang yang amat bersopan dan juga kelakar," tambahnya.

Menurut aktres tersebut, mereka disajikan minuman tanpa alkohol sambil mendengar syarahan pemimpin Libya itu.

Majlis pada hari Ahad lepas merupakan yang keempat dianjurkan oleh pemimpin Libya itu dalam tempoh kurang setahun.

-Agensi-

Tiada ulasan: