"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bajet Permata Rosmah 2011

Afrar Yunus
Belanjawan negara atau bajet 2011 selesai dibentangkan oleh Najib Bangsawan petang tadi.

Kadar tol empat lebuhraya milik PLUS tidak akan dinaikkan selama lima tahun berkuatkuasa serta merta. Sepatutnya kadarnya diturunkan terlebih dulu sebanyak 30%-40%. Ia mencekik darah rakyat Malaysia.

Pinjaman 100% untuk membeli rumah pertama bagi golongan muda. Sesuatu yang baik.

Cukai jualan telefon mudah alih dimansuhkan. Baik untuk penduduk supaya dapat mengakses maklumat dan perubahan dunia dalam sekelip mata.

Peperiksaan PTK kakitangan kerajaan dimansuhkan. Malangnya akan diwujudkan satu penilaian baru pada Jun 2011. Wajar pandangan CUEPACS diambil kira.

Imbuhan RM500.00 untuk kakitangan kerajaan. Lebih baik di zaman Mahathir dan Abdullah Badawi - penjawat awam diberi bonus sebulan gaji.

Elaun Imam dinaikkan sepertimana telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat. Sesuatu yang wajar.

Peruntukan untuk Orang Asli dipertingkatkan. Sepatutnya sudah lama dilaksanakan.

Potongan cukai LHDN kepada anak-anak yang memberikan jagaan kepada ibubapa diperluaskan. Langkah yang baik.

Gaji pokok minima Pengawal Keselamatan dinaikkan - wajar.

Peruntukan Taska Permata tajaan Rosmah Mansor melebihi RM100 juta. Kenapa perlu bertindan dengan Taska Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat

Tiada ulasan: