"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Yip tarik balik surat letak jawatan

KUALA LUMPUR, 24 Mac:ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn telah menarik balik surat peletakan jawatannya lewat petang ini, melalui SMS kepada Speaker DUN Perlis, Datuk Yazid Mat.

Ketika dihubungi Malaysiakini, Yazid mengesahkan bahawa beliau SMS dari Yip pada kirak-kira jam 7 malam ini.

Ekoran keputusan Yip itu, beliau berkata, kerusi DUN Titi Tinggi tidak kosong "dan masih ada orangnya".

Menurut Yazid, dalam SMS tersebut, Yip berkata beliau telah menyedari dan menginsafi tindakannya meletakkan jawatan sebelum ini.

"Katanya, beliau lebih mementingkan parti dan penyokongnya di kawasannya dan di negeri Perlis," kata Yazid.

Menjawab soalan, Yazid menegaskan bahawa Yip menarik balik peletakan jawatannya atas kehendaknya sendiri dan bukan atas janji-janji yang ditawarkan.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: