"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pemimpin Umno Padang Besar mahu Yip berhenti

Barisan kepemimpinan akar umbi Umno bahagian Padang Besar menyokong penuh hasrat ADUN Titi Tinggi, Yip Sun Onn untuk meletak jawatan.

azlanKeputusan itu dicapai dalam mesyuarat tergempar yang berlangsung malam tadi yang dihadiri oleh kira-kira 30 pemimpin akar umbi bahagian.

Mereka termasuk empat pemimpin kanan Pemuda bahagian serta empat ahli jawatankuasa bahagian.

DUN Titi Tinggi terletak di bawah kawasan Parlimen Padang Besar.

Ketika mengesahkan perkara itu, sumber-sumber Pemuda bahagian berkata berkata ini kerana Yip tidak komited untuk terus berkhidmat.

"Oleh kerana beliau sudah patah semangat untuk berkhidmat," kata sumber-sumber itu sambil menambah satu sidang akhbar mengenainya dijangka diadakan petang ini.

Sidang akhbar itu akan diadakan oleh Pemuda bahagian.

-malaysiakini-

Tiada ulasan: