"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

SPR Tidak Mahu Pilihan Raya PBT Dua Minggu Selepas PM Tolak

KUALA LUMPUR 24 MAC: Keputusan Suruhanjaya Pilihan Raya untuk tidak akan mengembalikan pilihan raya kerajaan tempatan dibuat genap dua minggu selepas Datuk Seri Najib Razak menolak cadangan itu.

Keputusan itu disampaikan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof kepada Malaysian Insider semalam dan beliau dijangka mengadakan sidang media berkaitan isu berkenaan hari ini.

Kerajaan Selangor dan Pulau Pinang juga didakwa sudah dimaklumkan mengenai keputusan berkenaan menerusi faksimili.

Perdana Menteri pada 9 Mac lalu menolak mentah-mentah cadangan berkenaan, kononnya pilihan raya itu hanya akan mewujudkan politiking.

Kali terakhir pilihan raya kerajaan tempatan dijalankan adalah lebih empat dekad lalu walaupun kerajaan Umno BN pernah berjanji untuk memulihkan proses demokrasi itu.
- tvselangor-

Tiada ulasan: