"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Cabaran Debat: Siapa Speaker Yang Sah?

Salman Haji Salleh
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) membuka tawaran kepada Umno / Barisan Nasional (BN) BN yang tidak sabar menunggu sehinggga Pilihan Raya Umum (PRU) ke - 13 dan menafikan hak rakyat atau pihak-pihak yang menyokongnya serta agen-agen yang berminat untuk menerima cabaran debat terbuka berkaitan kedudukan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang sah semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu.

DPPN Pk amat berkeyakinan bahawa rampasan kuasa kedua semasa sidang DUN Perak pada 7 Mei tersebut jelas melanggari Peraturan-peraturan di dalam DUN Perak. Jelas kelihatan campur tangan Datuk Abdul Rahman Hashim, Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) Perak semasa sidang DUN Perak sedang berjalan telah berlaku. Ini ditambah dengan penglibatan pihak-pihak yang tidak berkaitan ke dalam dewan tanpa mempunyai kuasa telah melakukan kebiadapan kepada Speaker.

Pertamanya, DPPN amat kesal terhadap penghormatan V. Sivakumar sebagai Speaker masih dinafikan semasa Sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu. Keduanya, Datuk R. Ganesan yang menyamar sebagai Speaker tidak diambil tindakan oleh pihak berkuasa dengan laporan Polis telah dibuat sudah hampir 6 bulan oleh banyak pihak. Ketiganya, segala keputusan yang telah diputuskan oleh Speaker diterima tanpa ada bantahan oleh mana-mana Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ketika itu.

DPPN Pk mengingatkan jika sidang DUN Perak pada 7 Mei yang lalu dilihat sebagai pembunuhan demokrasi yang jelas, ini amat membimbangkan kerana Peraturan-peraturan yang sedia ada adalah bersifat kuno dan terkebelakang. Jika perkara ini berlarutan, DPPN amat bimbang kehormatan dan pegangan rakyat terhadap demokrasi semakin pudar di Negeri Perak khasnya.

DPPN Pk yakin, rakyat akan bersama PR dalam memastikan pada PRU ke - 13 nanti akan menutup semua sendiwara Umno / BN di Negeri Perak. DPPN Pk mengucapkan syabas kepada Umno / BN Perak dengan kekejaman dan kezaliman yang mereka lakukan ini.


SALMAN HAJI SALEH

Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak.

Tiada ulasan: