"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Akibat Cuba Menegak Benang Basah

  PeriaPahit
Akibat cuba menegak benang basah, drama terbaru terbitan UMNOCO bertajuk “OH SUK SELANGOR KU”, menyerlahkan kebodohan PENGARAH drama tersebut Tan Sri Mohd Sidek Hasan (KSN), PELAKON UTAMA, Datuk Mohd Khusrin Munawi (SUK), PELAKON PEMBANTU, Datuk Mohamad Munir Bani (SS SULTAN SELANGOR), PELAKON TAMBAHAN, ahli NGO, PEKASA dan MCA, PENAMPILAN KHAS, Sultan SELANGOR dan PENERBIT DRAMA, UMNO dan APCO BN BERHAD.
Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan yang bertindak sebagai pengarah drama tersebut menyatakan kekesalannya diatas pertikaian perlantikkan pelakon utama drama tersebut Datuk Mohd Khusrin Munawi.  Beliau menegaskan bahawa beliau telah menjalankan tugas dengan jujur dan perlantikkan Datuk Mohd Khusrin Munawi adalah mengikut prosedur yang ditetapkan.

Mengenai peningkatan gred Datuk Mohd Khusrin dari JUSA C ke JUSA A, beliau mengatakan bahawa ia mengikut penilaian SSB yang diperkenalkan oleh kerajaan. Peningkatan menegak yang diberikan kepada Datuk Mohd Khusrin adalah berasaskan penilaian SSB.  Bahkan dengan perkenan SULTAN SELANGOR, perlantikkan itu tidak boleh dipertikaikan walaupun membelakangkan MENTERI BESAR SELANGOR.

Jadi sesungguhnya, KSN Tan Sri Mohd Sidek Hasan membuat penilaian berasaskan SISTEM SIDEK BODOH (SSB) bukannya SISTEM SARAAN BARU kerana jika SISTEM SARAAN BARU yang digunapakai, 3 nama yang diberi oleh MB SELANGOR selepas melalui tapisan dan temuduga adalah lebih layak berbanding Datuk Mohd Khusrin. Disinilah kebodohan PENGARAH DRAMA tersebut terserlah.

Sebagai PELAKON UTAMA, SUK SSELANGOR Datuk Mohd Khusrin Munawi, sepatutnya menjiwai peranan yang diberi oleh pengarah dengan berkesan. Tetapi Datuk Mohd Khusrin Munawi gagal menyelami peranan tersebut dan melakukan kebodohan dengan menyatakan bahawa beliau tidak fasih berbahasa Inggeris. Jadi secara tidak langsung, prestasi menegak yang diberi oleh PENGARAH dari JUSA C ke JUSA A adalah berpandukan kepada SISTEM SIDEK BODOH dan bukannya SISTEM SARAAN BARU. Bayangkan melantik seorang pelakon utama untuk drama antarabangsa yang memerlukan pelakon berbahasa inggeris dengan memilih pelakon yang tidak fasih berbahasa inggeris. Mungkin pengarah drama akan menggunakan suara latar (Suara Orang lain, miming Datuk Mohd Khusrin). Bererti  Datuk Mohd Khusrin Munawi akan bertindak sebagai boneka drama. Jadi diminta Datuk Mohd Khusrin memasukki semula sekolah rendah dan mengikuti PPSMI bagi memantapkan bahasa inggeris beliau seperti saranan MAHATHIR.

Datuk Mohamad Munir Bani selaku pelakon pembantu merangkap Setiausaha Sulit Sultan Selangor juga tidak terkecuali dalam memaparkan kebodohan beliau dalam drama ini. Sebagai orang yang kononnya berkecuali dalam politik, sudah semestinya beliau mengetahui beberapa tindakan Datuk Mohd Khusrin semasa memegang jawatan Pengarah Majlis Agama Islam Selangor sering membelakangkan MB Selangor dalam tindakan beliau dengan menggunakan nama Sultan Selangor. Jadi secara tidak langsung, Datuk Mohamad Munir Bani pasti mengenali Datuk Mohd Khusrin kerana kedua-duanya berkerja dibawah kendalian Sultan Selangor. Dan tahukah Datuk Mohamad Munir bahawa Datuk Mohd Khusrin tidak fasih berbahasa inggeris? Atau kedua-dua DATUK ini memang tak tahu berbahasa inggeris. Jadi kalau Datuk Mohamad Munir tahu Datuk Mohd Khusrin tidak fasih berbahasa inggeris, memang lah dia seorang yang bodoh dan kalau dia sendiri tidak tahu berbahasa inggeris, dia dua kali bodoh.  Sorang lagi kena pergi PPSMI. 

Bagi pelakon tambahan, kebodohan puak-puak ini tak perlu nak diterangkan. Apabila kerajaan PR Selangor bagi air percuma, mereka demo. Bila kerajaan PR Selangor dapat meningkatkan hasil jualan pasir, mereka demo. Bila kerajaan PR Selangor nak kembalikan kuasa Sultan pun mereka demo. Tapi mereka ini demo sebab sebagai pelakon tambahan mereka mendapat upah diatas lakonan mereka. Tetapi kalau nak upah lebih, suruhlah penerbit buat lebih drama seperti “AKU NAK DERIS, “NATANG”, “HARGA RON97 NAIK LAGI”, “MINYAK MASAK HILANG KEMANA?”, “BAWANG OH BAWANG” dan “1 MALAYSIA: RAKYAT BAYAR DULU, DUIT MASYUK MENTERI DAPAT”. Barulah dapat lebih. 

PENAMPILAN KHAS oleh SULTAN SELANGOR juga memberi kesan kepada drama ini. Dalam titah ucapan beliau, baginda menyatakan ia berkecuali dalam arus politik. Sekiranya benar seperti apa yang termaktub dalam titah ucapannya, mengapakah Sultan Selangor tidak merujuk kepada Menteri Besar dalam perlantikan ini? Bukankah Sultan Selangor boleh bertanya kepada JPA atau SPN samaada nama yang diberi oleh KSN telah dirujuk kepada MB Selangor terlebih dahulu. Bukankah baginda boleh bertanya kepada MB Selangor tentang kelayakkan Datuk Mohd Khusrin. Tidak malukah baginda sekiranya dalam majlis rasmi yang dihadir oleh ketua-ketua Negara luar yang fasih berbahasa inggeris, Setiausaha Kerajaan Negeri yang diperkenan oleh baginda tidak fasih berbahasa inggeris? Bagi MB Selangor, jawapan mudah boleh diberi….. lantikan atas perkenan SULTAN SELANGOR….. Siapakah yang akan malu… Baginda Sultan juga. Tetapi SULTAN SELANGOR tidak bersalah kerana baginda diberi informasi yang salah oleh pengarah drama KSN Tan Sri Mohd Sidek Hassan. 

Akhir sekali, PENERBIT DRAMA iaitu UMNO & APCO BN BERHAD. Dalam menerbit drama tersebut, pemilihan Pengarah yang bodoh, Pelakon Utama yang bangang dan Pelakon Pembantu dan Tambahan yang bengap membuatkan drama ini caca merba. Latar belakang PENGARAH yang berasal dari PEKAN, PAHANG, PELAKON UTAMA yang merupakan bekas Setiausaha Sulit mantan MB Mohd Taib (Jutawan Australia), PERKASA dan NGO yang pro kepada UMNO & APCO , membuka mata rakyat SELANGOR betapa benang yang basah tidak boleh ditegakkan kerana kalau ditegakkan… kebodohan yang terserlah. Kepada SULTAN SELANGOR yang berdaulat diatas ucapan rakyat Selangor, fahamilah kehendak rakyat. Jangan dijadikan boneka oleh UMNO & APCO BN BERHAD untuk menjayakan drama ini

Tiada ulasan: