"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Video seks: Pendakwa mahu kekasih Luna Maya dipenjara lima tahun

JAKARTA, 6 Jan – Pendakwa raya memohon mahkamah mengenakan hukuman penjara lima tahun ke atas penyanyi utama kumpulan Peterpan Nazriel “Ariel” Irham berhubung tuduhan mengedar klip video seks membabitkan selebriti Luna Maya dan Cut Tari.

Kedua-dua mereka merupakan teman wanita dan bekas kekasih penyanyi itu.

Ariel dikenakan tuduhan melanggar undang-undang antilucah yang membawa hukuman maksimum 12 tahun dan denda Rp 6 bilion (RM2 juta).

Pendakwa raya juga berkata pihkanya akan memohon dikenakan denda Rp250 juta (RM85,000).

Penyanyi itu berhadapan dengan tuduhan di Mahkamah Daerah Bandung di sini.

Ketua Pendakwa Rusmanto berkata, beliau memohon hukuman itu dengan mengambil kira pelbagai faktor, terutama keengganan Ariel mengaku bahawa dialah lelaki dalam kedua-dua klip video membabitkan Luna Maya dan Cut Tari.

Penyanyi berusia 29 tahun itu ditahan Jun lalu selepas rakaman video itu didakwa dicuri dari komputer bimbitnya.

Kes itu merupakan skandal rakaman seks membabitkan selebriti dan mendapat liputan meluas.

Mahkamah akan bersidang semula Isnin ini di mana peguam-peguam Ariel akan mengemukakan respons mereka berhubung permohonan hukuman itu.

Pihak pendakwa juga memohon hukuman penjara empat tahun ke atas pembantu Ariel yang dikenali sebagai RJ kerana menyebarkan pita seks itu.

Ariel berhadapan dengan tuduhan terlibat dalam penyebaran bahan lucah, yang dihasilkan olehnya menggunakan kamera telefon bimbit ketika mengadakan hubungan seks bersama selebriti Cut Tari dan Luna Maya, teman wanita Ariel semasa.

Cut Tari adalah bekas teman wanitanya dan kini sudah berkahwin.

Ariel yang ditahan sejak Jun lalu didakwa menghasilkan klip video itu, menunjukkan hubungan seks dengan Luna Maya dan Cut Tari pada dua masa yang berlainan.

Ariel dikenakan tuduhan di bawah Undang-undang Antipornografi 2008, Undang-undang Maklumat dan Transaksi Elektronik 2008 dan Kanun Jenayah kerana “mengambil bahagian dalam satu perbuatan jenayah.”

Pada pertengahan Ogos lalu, Ariel menafikan yang dia terlibat dalam dua klip video pornografi apabila dipertontonkan bersama Cut Tari.

Klip video yang dipercayai dirakamkan menerusi telefon, panjangnnya antara lima dan tujuh minit disebarkan menerusi internet sejak awal Jun lalu.
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: