"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

TV3 siasat Karam Singh Walia

KARAM SINGH WALIA

PETALING JAYA: Sistem Televisyen Malaysia Bhd. (TV3) telah memulakan siasatan dalaman berhubung tindakan pihak berkuasa terhadap wartawan dan pengacara televisyen TV3, Karam Singh Walia.
 
Karam Singh sebelum ini dikatakan mengeluarkan kata-kata berunsur penghinaan terhadap orang Melayu.

Ketua Pegawai Operasi, Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd., Ahmad Izham Omar berkata, TV3 memandang serius terhadap apa yang dilakukan oleh wartawan tersebut.

"TV3 akan menentukan tindakan lanjut setelah segala siasatan (berhubung perkara itu) selesai dijalankan," katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.
-kosmo- 
*Adakah Karam Singh Walia akan karam dengan isu menghina orang melayu ini. Mungkin dia lupa ungkapan 'cakap siang pandang-pandang  cakap malam dengar-dengar.
Binasa santan kerana pulut, binasa badan kerana mulut tak reti nak jaga ha ha ha -kerengga

Tiada ulasan: