"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Abus Nawi, 73, Jalan Kaki Tujuh Jam sejauh 120 kilometer?

Abus Nawi, 73, Jalan Kaki Tujuh Jam Serah Dompet Cicir

GUA MUSANG, 6 Jan (Bernama) -- Abus Nawi, 73, seorang Orang Asli berjalan kaki dari tempat tinggalnya di hutan Lojing sejauh 120 kilometer selama tujuh jam semata-mata kerana mahu memulangkan dompet cicir seorang peserta ekspedisi Gunung Camai, di sempadan Kelantan-Perak.

Kejujuran Abus mendapat penghargaan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang di mana dompet itu diserahkan.

IPD itu mengadakan majlis khas menghargai kejujuran Abus.

Ketua Polis Daerah Supt Saiful Bahri Abdullah berkata Abus yang tinggal di dalam hutan di Hulu Kelantan telah berjalan sendirian ke IPD Gua Musang.

"Polis amat menghargai sifat kejujuran Abus yang memulangkan dompet itu kepada pemiliknya biarpun jauh meredah hutan belantara, inilah sikap sebenar rakyat Malaysia.

"Jadi kita adakan satu majlis khas untuk menghargai kejujuran Abus," kata Saiful Bahri pada majlis penyerahan dompet Audi Hani Abdullah, 27, daripada Abus di IPD itu hari Khamis.

*Seorang tua berumur 73 berjalan dengan kelajuan tidak kurang 17 kilometer/jam, meredah hutan belantara pulak tu. Hampir sama kelajuan pelari marathon? biar betoi - kerengga

Tiada ulasan: