"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Nafi atau siasat: Najib Tun Razak perlu gantung tugas Menteri perogol!

PAS mahu Perdana Menteri mengantung tugas seorang menteri yang sedang berkhidmat dalam kabinet 1Malaysianya, bagi membolehkan Polis menyiasat tuduhan keji merogol orang gajinya beberapa kali. Sehingga kini dikatakan menteri berkenaan belum didakwa, dan masih bebas dari hukuman.

Menurut Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Mohamed Hanipa Maidin, sekiranya tiada kes, Dato' Seri Najib Tun Razak dan menteri yang dituduh itu didesak menyaman laman sesawang Wikileaks dan mana-mana pihak yang menyebarkan tuduhan itu, sebagai tindakbalas untuk membersihkan nama mereka.

WikiLeaks telah mendedahkan dokumen-dokumen yang bocor berkenaan perkara ini dari Amerika.

Kata Hanipa, menteri yang dituduh juga patut sudah tampil membersihkan namanya jika pendedahan WikiLeaks itu tidak benar, kerana kini sudah ter
dapat laman blog yang menamakan diri dan menyiarkan gambar menteri berkenaan sebagai perogol orang gaji tersebut.

Kes ini terjadi pada tahun 2007, apabila sepucuk surat dari adik orang gaji ini dihantar kepada Migrant Care, iaitu Perhimpunan Indonesia untuk Buruh Migran Berdaulat (Member of Migrant Forum in Asia and International NGO Platform on Migrant Workers' Convention) yang beralamat di Jl. Pulo Asem I C No 15 RT 015 RW 001 Jati, Jakarta Timur 13220 Indonesia.

Badan NGO ini  telah menyiasat laporan tersebut dengan  menghantar tiga sukarelawannya ke rumah Robengah, orang gaji terbabit, yang terletak di Banjarnegara, Jawa Tengah, Indonesia.

Selepas membuat penyiasatan dan menemubual mangsa, Migrant Care mengeluarkan satu kenyataan media pada 1 Ogos 2007. Ia telah ditandatangani oleh tiga orang, Wahyu Susilo (Policy Analyst), Anis Hidayah  (Executive Director) dan Alex Ong (Country Director).

Kenyataan ini telah disiarkan kembali oleh Tenaganita, sebuah NGO hak asasi pekerja pada 26 Disember 2010 baru-baru ini selepas dokumen siasatan kes ini didedahkan oleh WikiLeaks.

Dokumen siasatan kes pemerkosaan ini dikatakan telah sampai ke Kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur, Kedutaan Amerika di Jakarta dan pejabat Perdana Menteri ketika Dato' Seri (kini Tun) Abdullah Ahmad Badawi adalah Perdana Menterinya.

Pendedahan ini kemudiannya diangkat oleh blogger pro-Umno-BN Rocky Bru (Dato' Ahirudin Atan), pemimpin akhbar The Malay Mail, dalam blognya baru-baru ini.

"Robengah mengaku diperkosa majikannya. Tetapi beliau meminta sangat-sangat isu pemerkosaan itu tidak diperbesarkan kerana dia malu dan takut. Maklumlah, dia hanya orang kecil sedangkan Pak Menteri itu orang besar dan berpengaruh," dedah Migrant Care.

"Kali terakhir Robengah diperkosa pada 19 Februari 2007 dan kejadian ini telah terbongkar apabila dilihat sendiri oleh isteri menteri ini. Robengah kemudiannya telah dihantar pulang oleh isteri menteri itu pada keesokan harinya iaitu pada 20 Februari 2007."

Mengulas lanjut Hanipa menegaskan, kelesuan Najib bertindak terhadap menteri berkenaan dibimbangi ada unsur "takut" kerana masing-masing memiliki fail skandal yang gagal dijelaskan untuk siasatan awam, seperti kes pembunuhan Altantunya dan lain-lain. 

Katanya lagi, yang peliknya, tiada pula pemimpin-pemimpin Umno atau menteri-menteri Umno yang mendesak agar Najib bertindak atau membersihkan maruah kabinetnya dari tuduhan keji itu, seperti berlumba-lumbanya mereka sewaktu Wikileaks mendedahkan komen-komen diplomat Singapura tentang Sodomi II Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim.

PAS kata Hanipa cukup memandang serius dengan tuduhan rogol tersebut, selain zalim dan kejam terhadap wanita yang lemah, menteri berkenaan seolah-olah sudah tidak waras dan wajar ditamatkan khidmatnya dalam kabinet dan dihadapkan ke muka pengadilan.
-detikdaily-

Tiada ulasan: