"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Lagi Melayu Dihalau Kerajaan DAP?????

viet6
Giliran Melayu Bagan Dalam

Sebahagian daripada 30 buah rumah yang berdepan dengan tindakan dipindahkan berikutan projek pembangunan di Kampung Bagan Dalam di Butterworth.

BUTTERWORTH, 4 Jan: Kisah penduduk di perkampungan Melayu di negeri ini diusir daripada tanah mereka, seperti tidak berkesudahan malah semakin menjadi-jadi. 

Jika sebelum ini, tindakan pemaju menghalau penduduk kampung Melayu lebih tertumpu di kawasan pulau seperti di Kampung Pokok Assam, Jelutong dan sekitar Balik Pulau, kini ia mula menular di Seberang Perai.

Terbaharu, lebih 100 penduduk membabitkan 30 rumah di Kampung Bagan Dalam iaitu perkampungan Melayu di tengah-tengah bandar ini, turut menjadi mangsa apabila diarah berpindah oleh pemilik tanah yang dipercayai syarikat pemaju.

Difahamkan, sebahagian besar kawasan perkampungan Melayu itu yang berusia lebih 60 tahun akan dibangunkan sebagai pusat komersial termasuk pelaksanaan projek kediaman mewah.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak kampung tersebut, Datuk Zainul Abidin Che Din berkata, setakat ini tujuh pemilik rumah di kawasan berkenaan sudah menerima notis pengosongan manakala selebihnya dijangka menerima arahan sama tidak lama lagi.

Bagaimanapun, katanya, selepas perbincangan diadakan bersama beberapa penduduk yang diwakili oleh seorang peguam dengan pihak pemaju, tempoh pengosongan ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditentukan kelak.

"Melalui penelitian kami, terdapat usaha memindahkan penduduk terutama Melayu di kawasan ini sedikit demi sedikit dan kita bimbang jika ia berterusan, kampung yang berusia lebih 60 tahun ini akhirnya akan lenyap.

"Kita percaya, apa juga jenis perumahan yang mungkin dibina di kawasan ini tidak akan mampu dibeli oleh orang Melayu di sini yang rata-ratanya bukan orang senang," katanya ketika ditemui Utusan Malaysia di sini hari ini.

Zainul Abidin yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Persekutuan (JKKKP) kampung itu berkata, buat masa ini, pihaknya tidak mempunyai banyak pilihan selain berunding dengan pihak pemaju supaya memberi pampasan paling munasabah kepada penduduk terlibat.

Selain itu, beliau berkata, pihaknya turut mencadangkan kerajaan Pusat supaya membeli saki-baki tanah milik orang Melayu di kawasan tersebut bagi memastikan perkampungan Melayu di situ terus wujud.

"Salah satu cadangan yang boleh dilaksanakan adalah kerajaan membeli tanah berkenaan dan mendirikan rumah kos rendah bagi membolehkan orang Melayu di kawasan tersebut memiliki rumah sendiri dengan harga yang berpatutan," tambahnya.

Zainul Abidin berkata, pihaknya akan mengadakan perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop dalam masa terdekat untuk membincangkan nasib penduduk kampung tersebut yang diarah berpindah.

Pada pendapat aku kalau dah menumpang di atas tanah orang tu buatlah cara menumpang.Kalau dah tuan tanah nak guna tanah dia dan diberi notis serta pampasan suruh keluar dari situ,keluar aja lah.Kenapa nak bising bising dan dijadikan isu???

Semasa KERAjaan suruh MELAYU keluar/pindah sebab nak buat landasan berkembar,kenapa tidak bising dan dijadikan isu????Berapa ramai orang melayu yang terlibat untuk projek tersebut????

Takkanlah tuan tanah tidak ada hak ke atas tanahnya sendiri????

Gunalah akal fikiran yang Tuhan beri sebaiknya.Jangan hanya menyalahkan orang lain sahaja.Fikir-fikirkanlah...
-tko-

Tiada ulasan: