"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

MB Selangor cabar Umno sokong pindaan, buktikan ikhlas pertahan raja

SUBANG JAYA, 8 Jan: Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini mencabar Umno menyokong pindaan perlembagaan jika ia benar-benar ikhlas dalam menjunjung institusi diraja, yang dialung-laungkannya selama ini.

Menteri Besar (gambar) merancang untuk mengadakan sidang Dewan Undangan Negeri khas hujung bulan ini bagi menyelesaikan kemelut ekoran pelantikan Datuk Mohd Khusrin Munawi sebagai setiausaha kerajaan negeri yang baru.

Sidang itu akan membincangkan pindaan perlembagaan negeri.

“Umno (mengatakan bahawa) ia memandang tinggi (kedudukan) Sultan. Mereka (mengatakan) mereka yang mempertahankan raja,” kata beliau sambil menggesa Umno menunjukkan keikhlasan jika benar parti teras Barisan Nasional itu mempertahankan institusi diraja.

Pakatan Rakyat mempunyai 35 anggota di Dewan Undangan Negeri yang memperuntukkan 56 kerusi.

Pindaan perlembagaan memerlukan sokongan dua pertiga untuk diluluskan.

Khalid juga berkata, beliau tidak pernah memberi kuasa kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Ramli Mahmud agar bertindak bagi pihak beliau untuk melantik penggantinya Datuk Mohd Khusrin Munawi.

“Pertama, biar saya mengatakan bahawa menteri besar dan Exco tidak pernah memberi arahan kepada bekas Setiausaha Kerajaan Negeri untuk bertindak bagi pihak saya ataupun Exco untuk berurusan dalam soal pemilihan Setiausaha Kerajaan Negeri,” kata Khalid.

“Jika beliau bertindak (dalam soal itu), beliau bertindak sendiri,” katanya.

Hari ini, Khalid juga menolak tanggapan bahawa krisis yang berlarutan akan menghakis sokongan orang Melayu.

“Pengundi mesti tahu bahawa apa sahaja keputusan kami buat, mereka perlu menilai, sama ada ia akan memanfaatkan mereka,” kata Khalid, menteri besar penggal pertama.
Sambung bacaan anda di sini
-malaysianinsider-

Tiada ulasan: