"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Pelajar 16 Tahun Didakwa Rompak 27 Ekor Kambing

SALWA SHA’ARI
KLANG: Seorang pelajar berusia 16 tahun dan rakannya dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tuduhan merompak 27 ekor kambing dengan bersenjatakan parang dan kayu bagi mencederakan pemilik ternakan tersebut.

Remaja tersebut dan seorang mekanik, P. Gunaseelan, 21, mengaku tidak bersalah atas tuduhan tersebut yang dibacakan di hadapan Hakim Slamat Yahya.

Mereka didakwa melakukan kesalahan itu bersama tiga lagi rakan jenayah yang masih bebas pada pukul 4 pagi, 19 Oktober lalu di lot 3361, Jalan Keretapi Lama, Kapar, di sini.

Tertuduh didakwa telah melarikan 27 ekor kambing, satu unit mesin kimpal, sebuah telefon bimbit Nokia 3600 dan wang tunai RM600 dari mangsa, L. Visna Nathan yang merupakan seorang peniaga.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Maisarah Kamal mengikjut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Nurul Maisarah menawarkan jaminan sebanyak RM10,000 kepada Gunaseelan manakala remaja terbabit ditawarkan jaminan RM7,000.

Slamat menetapkan jaminan GUnaseelan pada jumlah RM7,000 sementara pesalah juvana itu dibenarkan dibebaskan dengan jaminan RM3,000 dengan seorang penjamin.

Beliau menetapkan 8 Februari depan sebagai sebutan semula kes.
-mstar-

Tiada ulasan: