"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kami Merayu, Tolonglah Naikkan Harga Minyak Masak Segera!!

wfauzdin_ns
DENGARLAH rayuan kami wahai Kerajaan 1 Malaysia. Kami MERAYU sangat agar harga minyak masak dinaikkan segera. Tak kisahlah berapa pun asalkan naik harga dari harga sekarang.


Begitulah rayuan yang aku baca kat laman web di sini. Mereka sudah tiada pilihan lagi dan terpaksa memohon dan merayu kepada kerajaan `Rakyat Didahulukan' ini agar SEGERA menaikkan harga minyak masak. Mereka seperti rasa tak seronok pula kalau terlalu lama barang tak naik.

Dulu sukar mendapatkan gula, tiba-tiba harga gula naik 20 sen. Sekarang gula melambak di kedai. Mungkin sebab itulah kali ini mereka merayu tolong naikkan segera harga minyak masak. Jika harga sudah naik nanti, mungkin minyak masak boleh dibuat mandi kerana terlalu banyaknya.

Nak dikatakan sawit tak ada, tak lojik pula kerana Peneroka Felda ni bertalu-talu dapat bonus. Ada pula tokoh bingai berkata, kurangkan guna minyak kerana bahaya kalesterol. Itulah alasan yang sering kita dengar bila barang keperluan tiada. Dulu, suruh kurangkan makan gula untuk jaga kesihatan. Bila gula sudah naik harga dan gula banyak, senyap mereka.

Satu hari nanti bila takrif air ingin dinaikkan, tokoh bingai ini akan cakap elok kurangkan mandi demi kesihatan. Sampai bila nak jadi begini? Kalau kita tak mahu tukar juga pemerintah yang tak tau memerintah ni, sampai kiamat lah kita kena kelentong.

Tiada ulasan: