"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kematian Teoh Beng Hock: Akhirnya Suruhanjaya Diraja ditubuhkan

PUTRAJAYA, 7 Jan: Kerajaan akan menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock, setiausaha politik exco Selangor yang ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam, Shah Alam pada 2009.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata ia akan diwujudkan dengan terma-terma khusus yang akan ditetapkan dan pihak kerajaan akan melantik ahli suruhanjaya yang terdiri daripada orang terbilang dan dihormati.

Pelantikan dijangka akan dibuat selepas mesyuarat Kabinet Rabu depan, kata Najib pada sidang media di sini hari ini.

Pada Rabu, Mahkamah Koroner di Shah Alam memutuskan bahawa kematian Teoh yang merupakan setiausaha politik kepada Ean Yong Hian Wah bukan disebabkan bunuh diri, homisid atau penglibatan pihak ketiga.

Teoh, ditemui mati di koridor tingkat lima Plaza Masalam di Shah Alam selepas memberi kenyataan di pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang terletak di tingkat 14 bangunan itu.

Inkues itu diadakan kerana kematian Teoh menimbulkan banyak persoalan khasnya apabila dia mati beberapa jam selepas disoal siasat oleh SPRM berhubung dakwaan menyalahgunakan peruntukan kerajaan Selangor.
-Bernama-
*dah banyak masa dan perbelanjaan dibuang barulah nak tubuh suruhanjaya - kerengga

Tiada ulasan: