"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kali ni sos perasa cicak pula

ALOR SETAR, 7 Jan: Seorang pemilik kedai makan di Pekan Langgar dekat sini terkejut apabila menemui satu objek yang didakwanya bangkai seekor cicak dalam botol sos ketika ingin memasak Rabu lepas.

Nor Hashima Mohd Noor, 29, berkata bangkai cicak itu ditemui pekerjanya Nor Hayati Abu Hassan, 25, yang ingin menggunakan sos berkenaan untuk memasak mee bandung kepada pelanggan.

"Ketika pekerja saya menuang sos yang baru dibeli di kedai runcit berhampiran ke dalam mangkuk, dia (Nor Hayati) nampak satu benda putih berekor tetapi dia tidak menyangka objek putih itu adalah cicak.

"Apabila saya dan rakan melihatnya dengan lebih dekat, kami terkejut apabila mendapati ia adalah bangkai cicak," katanya.

Nor Hashima kemudian cuba menghubungi nombor syarikat berkenaan yang tertera pada botol sos itu, tetapi gagal.

Beliau turut membuat laporan kepada Persatuan Pengguna Negeri dan kini menunggu keputusan hasil siasatan kejadian itu.

Nor Hashima yang menjalankan perniagaan makanan menggunakan sos berkenaan hampir 10 tahun dan ini adalah kali pertama perkara seumpama itu berlaku.

"Kami bimbang perkara seumpama ini akan berlaku kepada peniaga lain dan sekaligus menjejaskan perniagaan apabila berlaku kes keracunan makanan," katanya.
-Bernama-

1 ulasan:

Tuk Kiyai berkata...

Salam tuan, mohon linkkan blog saya dalam blog tuan. Blog ini telah saya linkkan dalam blos saya. trm kaseh.

www.kafesantai.blogspot.com