"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

KJ: Siapa kata saya merajuk?

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang menyepi selepas membuat kenyataan di Twitter bahawa ini adalah penggal terakhirnya sebagai ahli parlimen Rembau hari ini menafikan beliau akan memulaukan kempen BN pada pilihan raya kecil Tenang pada akhir bulan ini.

NONESemuanya berpunca daripada berita yang mengatakan bahawa beliau akan menjalani latihan lima minggu dengan askar Wataniah bermula minggu depan.

Dalam mesej teks ringkasnya kepada Malaysiakini petang ini, Khairy berkata tuduhan beliau merajuk adalah karut dan menjelaskan bahawa jadual latihan telah lama ditetapkan sebelum kerusi Tenang itu kosong.

"Latihan payung terjun askar di udara itu bagi memenuhi keperluan syarat sebelum saya boleh ditauliahkan. Ia lama ditetapkan sebelum Tenang.

NONE"Saya adalah ahli politik kanan BN yang pertama di Tenang dua minggu lalu dan berharap untuk mendapatkan cuti pada hujung minggu supaya saya boleh berkempen di Tenang.

"Konsep merajuk tak wujud dalam kaamus saya,” kata Khairy.

Penamaan calon bagi pilihan raya kecil bagi DUN Tenang adalah pada 22 Januari ini manakala jika ada pertandingan, pengundian ditetapkanm pada 30 Januari ini.

Khairy juga dalam Twitter membidas kumpulan yang mendakwa bahawa beliau sedang merajuk.

"Pernah awak lihat orang yang merajuk bekerja keras seperti saya? Mengembara 21 kawasan parlimen, lima negeri dalam enam hari? Jangan begitu bodoh,” katanya merujuk kepada program Pemuda BN "Jelajah 1Malaysia".
-malaysiakini-

Tiada ulasan: