"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Faktor Leila Trabelsi, Suzanne terdapat di M'sia - Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, Malaysiajuga mempunyai persamaan dengan negara Tunisia mahupun Mesir yang menyumbang kepada kebangkitan rakyat di negara itu, laporTV Selangor.

Persamaan yang dimaksudkan Anwar ialah pentadbiran negara yang dikuasai oleh isteri-isteri pemerintah.

NONE"Leila Trabelsi ini orang menyampah lebih daripada Zine El Abidine Ben Ali. Isteri presiden ini orang menyampah lebih daripada suami dia. Saya tanya kenapa? Dia kata, sebab kalau kita tengok televisyen, Ben Ali, lepas itu Leila, lepas itu Ben Ali, lepas itu Leila, Leila, Leila. Hari ini rambut gaya macam ini, besok rambut sanggul sebelah ini, baju fesyen ini. 

"Orang panggil dia Leila Majnun, Majnun ini maksudnya gila. Gila harta, gila rupa, gila sanggul," kata Anwar disambut gelak tawa hadirin pada makan malam anjuran Ranting PKR Taman Jati dengan kerjasama Cabang Tambun yang dihadiri hampir 1,000 orang, semalam.

Keadaan yang sama kata Anwar turut berlaku di Mesir apabila isteri Hosni Mubarak, Suzanne juga turut mempunyai tabiat seperti Leila.

Suzanne katanya hanya seorang juru solek, namun apabila dia berkahwin dengan Hosni Mubarak, dia mengumpul harta dan kekayaan untuk anak-anak dan keluarganya.

egypt revolution mubarak steps down huge crowd 1Kekayaan yang dimiliki adalah hasil 'rompakan' wang rakyat.

Selepas kedua-dua pemerintah negara tersebut digulingkan, mereka kemudiannya bersama isteri dan anak-anak membawa keluar wang puluhan bilion dolar Amerika.

Lantaran tidak tahan dengan pemerintahan diktator kedua-dua pemimpin yang sewenangnya memenuhkan kantung sendiri, akhirnya rakyat bangkit menentang pemimpin zalim itu.

Oleh yang demikian, Anwar mengingatkan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak supaya membuka ruang perubahan dan tidak bongkak dengan keamanan yang masih dinikmati di negara ini.

Walaupun berbeza daripada pelbagai aspek seperti budaya, ekonomi dan politik, namun, katanya persamaan tetap wujud.

"Mubarak selepas seminggu tercetusnya Tunisia, dia kata Tunisia bukan Mesir.Gaddafi dalam ucapannya dua hari lalu mengatakan, ini Libya bukan Mesir. 

azlan“Datuk Seri Najib minggu lalu mengatakan ini Malaysia bukan Mesir. Kalau tanya sama sebagai ketua pembangkang yang digantung dari parlimen, saya pilih cara aman. Saya pilih cara pilihan raya, saya pilih cara perlembagaan. 

"Sekarang saya mahu beri ingatan dan amaran kepada Najib, pastikan pilihan raya akan datang bebas dan adil, kalau tidak rakyat akan bangkit bantah. Apa yang kita minta? Kita cuma pilihan raya yang adil dan bersih. Apakah ini tuntutan kita. Ini dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan sejak 1957," katanya lagi.
-malaysiakini-

Tiada ulasan: