"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Bob Lokman, Cikgu Mala di Pokok Sena

Mohd Shubihi Muhamad Zain
POKOK SENA, 2 Mac: Edisi ketiga Karnival Kedah Sejahtera PAS Kawasan Pokok Sena yang dipenuhi aktiviti dan program rakyat bakal menemui penduduk di daerah ini bermula hari ini.

Pembukaannya akan disempurnakan oleh Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub yang dijadualkan berlangsung di Dataran Kompleks PAS Kawasan Pokok Sena, dekat sini, harini.

Setiausaha Jawatankuasa Penganjur, Mohd Riadzuddin Musa berkata, program ini bertujuan menyampaikan mesej kepada rakyat tentang pembaharuan dan perubahan yang dibuat oleh kerajaan negeri sepanjang tiga tahun memerintah negeri Kedah.

Di samping itu katanya, program ini akan memberikan banyak impak berguna dan rakyat akan mendapat maklumat yang tepat berkaitan perkembangan dan pembangunan negeri.

"Seperti dua edisi terdahulu, program ini juga diyakini akan mengeratkan hubungan antara pimpinan dan pentadbir kerajaan negeri bersama masyarakat menerusi penganjuran pelbagai aktiviti yang bermanfaat kepada rakyat.

"Penyusunan aktiviti dan program adalah bersesuaian untuk semua lapisan masyarakat dan harapan kami karnival ini akan dapat mewuujudkan suasana harmoni dan muhibbah antara masyarakat berbilang kaum serta pimpinan kerajaan negeri," ujar beliau.

Karnival empat hari itu turut menampilkan pimpinan Pakatan Rakyat seperti Mohamad Sabu, Saifuddin Nasution, Dr Mariah Mahmud dan Anthony Loke di pentas ceramah perdana yang akan berlangsung pada setiap malam.

Bob Lokman dan bekas calon PAS di Tenang, Normala Sudirman antara yang dijadualkan bersama pengunjung pada malam penutup.

Tiada ulasan: