wfauzdin_ns
LAPORAN akhbar Sinar semalam menyebut bahawasanya Bekas Naib Presiden PKR, Datin Saidatun Badru Tun Said Keruak merasa terkejut atas dakwaan Umi Hafilda ke atas YB Azmin. Turut berkongsi rasa sedemikian adalah seorang lagi katak betina iaitu bekas Ketua Wanita PKR P.Pinang yang pernah bertanding di dalam PRK tetapi tewas teruk iaitu Aminah Ahmad yang dikenali juga sebagai `Minah Ronggeng'.
Tidak menghairankan komen sedemikian yang keluar dari mulut `bekas' atau `hampas' PKR yang terbuang itu. Tetapi, hujah mereka teramat dangkal sekali kununnya masakan Umi Hafilda ingin menfitnah `abang kandung'nya sendiri. Sebelum itu, saya mahu bertanya adakah benar Umi Hafilda itu `adik kandung' Azmin? Jika bapa Azmin pun tidak mahu mengaku Umi itu anak kandungnya, mustahil pula Umi itu adalah `adik kandung' Azmin. Malulah sikit untuk mengaku adik beradik kalau sudah terbuang dari keluarga.
Jika benar pun mereka adik beradik, mustahilkah fitnah boleh berlaku? Isteri Nabi Allah Luth A.S beserta anak kandungnya terlibat melakukan fitnah terhadap Nabi Allah Luth A.S. Anak kandung Nabi Allah Nuh A.S juga demikian. Maka, pelik apanya Umi Hafilda jika beliau menfitnah Azmin, apatah lagi mereka berdua mungkin tiada hubungan kekeluargaan pun. Di dalam satu tandan pisang, mungkin ada satu ada dua buah yang busuk.
Benar atau tidak, kita akan lihat nanti sejauh mana Umi akan terdaya bersandiwara tanpa penonton. Kita akan saksikan nanti, saman beliau terhadap DS Anwar, Azmin, Karpal Singh dan PAS akan memakan dirinya sendiri. Beliau telah diberi ruang seluas mungkin sewaktu menjadi saksi kes Liwat 1 DS Anwar dahulu, tetapi beliau gagal untuk mengambil kesempatan itu. Kini, siapa lagi mahu mendengar hikayat purbawara dari beliau? Hanya puak-puak Umno yang tegar di Selangor sahaja yang masih minat hikayat berkenaan sekadar untuk syok sendiri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan