"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaddafi Akan Menerima Nasib Sama Dengan Saddam

Mohd Sayuti Omar
Amerika sudah menggerakan armada perangnya menuju ke lautan Mediterranean untuk siap sedia menyerang Libya. Dari satu segi tindakan Amerika itu bagus juga sebab untuk nak bunuh manusia kejam di Libya itu. Tetapi bila ingat yang hendak bunuh itu sebenarnya lebih kejam dari orang yang hendak dibunuh, timbul juga kemusykilan dikekesalannya.


Tetapi itulah adat dunia. Sesiapa yang mempunyai kuasa besar, lengkap dengan persenjataan boleh membunuh penjahat kecil. Tidak kira apakah penggunaan sejanta itu halal atau tidak yang penting kemenangan. Selalunya orang jahat akan mati ditangan orang jahat juga sebab orang baik tidak akan tergamak melakukan pembunuhan.


Biarlah kalau Amerika (Obama) hendak bunuh Gaddafi. Cukup sudah dengan kejahatan yang beliau lakukan ke atas rakyat Libya. Ribuan nyawa tidak berdosa rtelah melayang kerana tangan hitamnya. Apakah itu tidak dinamakan kejam, zalim?


Kalau setakat mendera rakyat daripada mendapat keadilan, mungkin boleh dimaafkan lagi. Kalau setakat mendera rakyat dan memerah saku rakyat (saman haram) untuk mengisi tabung tertentu kerajaan, boleh lagi ditahan. Begitu juga kalau setakat mewujudkan penganggur tinggi boleh lagi bersabar. Tetapi kalau sudah melakukan pembunuhan demi mengekalkan kuasa itu sudah melampau.


Mengaut harga negara untuk kepentingan anak beranak sudah melebihi. Kemafaan kepada manusia yang tamak dan rakus begitu tidak harus diberikan.


Makanya elok kalau penjahat Amerika segera menghapuskan Gaddafi. Ekoran tindakan siap sedia Amerika itu dunia semua sedang menanti apakah yang akan berlaku ke Libya. Kita tahu rakyat Libya terpaksa menahan hiba dengan kemasukan askar Zionis itu. Tetapi apa boleh buat hanya mereka yang ada kekuatan dan layak berdepan dengan ketumbukan Gaddafi.


Kandati perang di Afrika itu akan memberi kesan kepada dunia lain termausk kita, tetapi itulah satu-satu jalan yang ada untuk menghapuskan orang jahat seperti Gaddafi. Dunia terutamanya rakyat Libaya kena pejam mata sekejap untuk melihat demi tersingkirnya Gaddafi.


Dalam melihat nasib Gaddafi ini saya teringatkan Saddam Hussein di Iraq. Rakyat Iraq tidak mahu melihat bumi mereka dikotori kaki tentera Amerika dan buminya disembur dengan darah. Tetapi apa boleh buat kekuatan untuk membunuh Saddam hanya ada kepada si laknatulah itu saja. Kini Saadam sudah tiada lagi, namun kekejaman Saddam diganti oleh tentera Amerika.


Saya meramalkan Gaddafi juga akan mati ditangan Amerika seperti Saddam menerima hukum karmanya. Bila Amerika menyerang Libya Gaddafi dan anak beranaknya akan melarikan diri. Dia akan menjadi buruan perang dan berakhir dwengan kematian.


Kalau dia tegas dan berpegang kepada kata-katanya dia akan mati di bumi Libya. Katanya dia akan syahid di Libya.


Apabila Amerika berjaya membunuh Gaddafi ini rakyat Libya akan bergembira. Tetapi sesuatu yang memeritkan mata memandang ialah selepas kekejaman Gaddafi sirna dari bumi Libaya akan wujud pula kekejaman bentuk baru yang dijanakan Amerika.


Satu hakikat yang tidak dapat ditolak Amerika menyerang Libaya dan membunuh Gaddafi bukan untuk kesejahtraan rakyat Libaya tetapi untuk kesenangan penjenayah dunia itu. Selepas kuasa Gaddafi berakhir Amerika akan menguasi semua telaga minyak di Libya. Ini yang saya nampak.

Tiada ulasan: