"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Kes Liwat 2 : Apakah sebenarnya yang akan terdedah?

anak_muar

Kes perbicaraan Liwat 2 yang dihadapi oleh Dato Seri Anwar Ibrahim kini menuju  ke awal peringkat pertengahan. Ia masih berada pada sesi pihak pendakwa mengemukakan saksi mereka dalam usaha pendakwaan terhadap DSAI akan kes tersebut. Secara umumnya tahu perbicaraan kali ini walaupun agak mencabar dan disulami dengan pelbagai kejutan namun kita dapati ia lebih kepada perbicaraan yang melucukan serta tidak masuk akal. Namun pendedahan demi pendedahan terus berlaku.

Penceritaan dari si penuduh Saiful Bukhari Azlan yang tidak konsisten dan berubah-ubah serta terkadang melucukan membuatkan perbicaraan ini dilihat membuang masa dan membosankan. Walaubagaimanapun DSAI perlu berhadapan dengan pendakwaan yang unik ini walaupun peluang baginya agak tipis. Kehebatan ketua pembelaan Karpal Singh dalam membongkar dan memerangkap Saiful Bukhari dengan soalan yang diluarjangkaan membuatkan kes ini semakin bercelaru.

Walaubagaimanapun perbicaraan Liwat 2 ini mula diikuti dan menarik semula perhatian umum apabila ia berada pada peringkat pendedahan pita rakaman CCTV yang mula dipertontonkan oleh kedua-dua iaitu pihak pendakwaan dan pembelaan. Visual Pita rakaman CCTV ini diambil dari kondominium di mana tempat kejadian liwat itu didakwa berlaku.

Dalam rakaman tersebut petikan dari artikal portal M. Kini menyatakan :

Setakat ini, juga pihak pendakwaan belum cuba mengaitkan perkara tersebut secara langsung dengan Anwar kecuali pada rakaman CCTV yang dipercayai menunjukkan ketua pembangkang itu keluar masuk di kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

Imej yang dipercayai adalah pengadu kes ini, Mohd Saiful Bukhari Azlan juga dapat dilihat. Bagi pihak pembelaan, mereka masih belum selesai menyoal-balas, ASP Fauziah Che Mat, yang menjelaskan kepada mahkamah bahawa beliau diminta mengenal-pasti dan mencetak imej tujuh orang yang tidak disebutkan nama mereka. Bagaimanapun, katanya, beliau tidak pasti siapakah pemilik kenderaan berkenaan ataupun individu-individu di dalam rakaman berkenaan.

Namun jika kita perhalusi hala tuju kes ini adalah mungkin sesuatu pendedahan atau kejutan yang lain bakal berlaku yang akan menenggelamkan cerita liwat ini di mana apakah yang berlaku atau tujuan mereka yang berada di kondominium tersebut pada hari yang didakwa oleh Saiful bahawa beliau telah diliwat oleh DSAI.Mungkin ada perbincangan besar atau sulit telah berlaku ditempat kejadian.Namun apapun yang lebih tahu apakah yang sebenarnya berlaku di kondominium tersebut pada tarikh didakwa kejadian liwat itu berlaku hanya DSAI, Saiful dan beberapa individu yang dikaitkan. Selebihnya Allah SWT lebih maha mengetahui. Adakah kes ini akan berpanjangan? Wallahualam..

Tiada ulasan: