AMELIA HASHIM
YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengeluarkan kenyataan dalam nada yang berbeza dari pihak lain yang sering mendabik dada bahawa segala bantuan untuk rakyat seolah-olah duit pemimpin kerajaan.Beliau memberitahu bahawa peruntukan yang digunakan untuk membawa pelajar Kedah kembali menyambung belajar di Mesir adalah wang rakyat.
Ia adalah hasil dari pelbagai cukai dan keuntungan hasil balak, ladang-ladang dan pelbagai keuntungan lain menerusi anak syarikat kerajaan seperti Pebadanan Kemajuan Negeri Kedah, Syarikat Air Darul Aman, Kulim Hitech Park dan lain-lain.
“Jangan terima kasih kepada Kerajaan Negeri. Ini duit rakyat. Duit cukai. Keuntungan balak. Keuntungan pelaburan di Kulim Hitech untuk kamu semua belajar. Belajar bersungguh-sungguh. Jangan hampakan harapan ibu bapa,
“Rakyat bersama kita menangani sebarang isu. Rakyat bangga anak-anak Kedah berjaya masuk pengajian tinggi, belajarlah dengan sungguh-sungguh,” katanya.
Sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan oleh Kerajaan Negeri bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.
Sewa tiga pesawat hantar pelajar Mesir pulang, duit poket RM500
Lebih 800 pelajar dari pelbagai universiti di Mesir bersama keluarga masing-masing berkongsi kegembiraan apabila Menteri Besar Kedah YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan Abdul Razak mengumumkan penajaan mereka balik ke Mesir bagi meneruskan pelajaran.
Para pelajar ini pulang ke tanah air menerusi Ops Piramid disebabkan rusuhan kumpulan penentang kerajaan Mesir bagi menggulingkan Presiden Hosni Mubarak tempoh hari.
Kegembiraan yang terpancar di wajah para pelajar serta ibu bapa mereka bertambah-tambah apabila YAB Dato’ Seri Ustaz Azzian mengumumkan setiap pelajar berkenaan akan menerima RM500 sebagai wang belanja atau duit poket.
Majlis perjumpaan pelajar Mesir dengan YAB Menteri Besar Kedah diadakan di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar anjuran Yayasan Islam Negeri Kedah (Yink) dihadiri lebih 2000 orang termasuklah para pelajar dan keluarga masing-masing.
Dalam ucapannya YAB Dato’ Seri Ustaz Azizan berkata, sebanyak RM2.5 juta telah diperuntukan bagi menghantar mereka balik ke Mesir bertolak dari Alor Setar dengan bas ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ujarnya, Kerajaan Negeri telah menyewa tiga pesawat Egypt Air untuk membawa para pelajar ini dengan empat penerbangan mulai 5 hingga 10 Mac ini. Penerbangan pertama pada 5 Mac ini membawa 224 pelajar diikuti penerbangan kedua seramai 222 pelajar, ketiga 222 pelajar dan selebihnya menerusi penerbangan ke empat.
“Kamu semua balik dan bersiap-siap datang pada 5 Mac ini berkumpul di Wisma Darul Aman dan bertolak dari sini ke KLIA, bye! bye di sini,” katanya disambut dengan tepukan kegembiraan seluruh hadirin.
Namun begitu, katanya, para pelajar terbabit hendaklah menunjukkan passport masing-masing kepada pihak pengurusan iaitu Yink bagi memastikan kepulangan mereka adalah menerusi Ops Piramid dan bukan secara kebetulan balik bercuti atau pulang melangsungkan perkahwinan.
Sumber :web rasmi Kerajaan Kedah http://www.wartakedah.net/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan