"Ya Tuhanku ampunilah aku, rahmatilah aku,
perbaikilah aku, angkatlah darjatku, berilah aku rezeki, pimpinlah aku, afiatkanlah aku dan maafkanlah aku."

Gaddafi tak lagi kawal minyak





BEBERAPA penunjuk perasaan antipemerintah menempatkan sebuah mesingan di bandar Benghazi, Libya semalam.


BRUSSELS: Rejim pimpinan pemerintah Libya, Muammar Gaddafi tidak lagi mengawal kebanyakan kemudahan minyak dan gas di negara itu, kata Pesuruhjaya Tenaga Kesatuan Eropah (EU), Gunther Oettinger.

"Terdapat maklumat bahawa majoriti kawasan minyak dan gas di Libya kini tidak lagi dikawal oleh Gaddafi," kata Oettinge dalam satu sidang media selepas mesyuarat menteri-menteri tenaga EU di sini semalam.

Pada sidang media tersebut, beliau menolak cadangan menguatkuasakan sekatan ke atas eksport minyak Libya kerana kemudahan-kemudahan minyak negara itu telah jatuh ke tangan pihak penentang.

EU sebelum ini bersetuju melaksanakan pembekuan aset dan larangan perjalanan terhadap Gaddafi dan 25 anggota keluarganya serta orang-orang kanannya selain menyekat bekalan senjata, peluru dan bahan berkaitan ke Tripoli.

Langkah tersebut dilaksanakan selepas Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada minggu lalu, bersetuju menguatkuasakan sekatan ke atas rejim Gaddafi dalam usaha menghalang pemimpin itu daripada terus bertindak zalim terhadap penentang-penentangnya.
-AFP-

Tiada ulasan: